Kenyataan Musa Hasan yang baru mendapat tlian hayat dari Pm amat menghairankan. Bayangkan, kenyataan Pengerusi SPR bahawa suasana pengundian di Permatang Pasir adalah baik dan tenteram. Sepatutnya kenyataan itu membolehkan Musa mengurangkan jumlah petugas polis yang selama ini dipertikaikan. Kehadiran polis bermula PRK Kuala Trengganu seakan mengambarkan suasana kacau bilau dan kawasan hitam yang menakutkan dan menganggu kedamaian penduduk setempat.
Umum mengetahui, kehadiran polis yang ramai mendatangkan gangguan kepada penduduk, menambahkan perbelanjaan termasuk khemah yang di sediakan.Pendek kata , ada pihak yang mendapat keuntungan...Musa dapat apa???? ade le tuuuu...
Kenyataan Musa bahawa polis akan menambahkan bilangan amat bertentangan dengan perkembangan suasana pilihanraya terkini. Berbagai arahan dan peraturan SPR sudah cukup menjadikan PRK hilang serinya... Apakah kenyataan terbaru Musa sebagai tanda awaltaat seti dan "balas budi kepada Najib? Kita nantikan....Pilihanraya kecil Bagan Pinang akan menjadi medan awal Musa membuktikan bahawa beliau adalah khadam Najib yang paling setia''perhatikan kenyataan ini...
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat kacau pada pilihan raya kecil itu. "Saya tegaskan di sini bahawa kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan saya sudah meminta Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh bagi mengenal pasti lokasi panas dan jumlah tempat pengundian walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum memutuskan tarikh pilihan raya tersebut. "Kita akan memutuskan jumlah pegawai dan anggota yang diperlukan bagi membantu mengawasi dan melicinkan pilihan raya kecil itu," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, di sini malam Ahad. Katanya beliau akan memastikan lebih ramai pegawai dan anggota bertugas, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian. Sehubungan itu, katanya cuti pegawai dan anggota polis di negeri ini akan dibekukan sehingga pilihan raya kecil itu berakhir. Musa turut meminta supaya semua parti yang bertanding tidak mencetuskan suasana tegang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan