Rabu, 9 September 2009

STRATEGI NAJIB ....

Entah apa mimpi Najib di bulan Ramadhan ni, tiba tiba ajak PAS berdamai. Umum telah mengetahui bahawa Najib bukanlah orang yang ikhlas. Najib juga tahu PAS telah buat keputusan tidak akan menyambut tawaran umNO sejak lama dulu. Apakah srtategi Najib kali ni?? Apakah Najib benar ingin PAS bersikap terbuka dengan umNO walaupun beliau tahu ajakan itu sesuatu yang mustahil.

Bagi saya Najib sebenarnya ingin membangkitkan luka di dalam PAS. Mereka telah berjaya menggoyahkan ukhuwwah di dalam PAS melalui tawaran perdamaian dengan PAS. Pak Lah yang memanipulasikan pertemuan biasa dengan pimpinan PAS menjadi luka yang amat memedihkan. Berbetulan dengan lontaran idea kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS TG Hj Hadi Awang. Bagi yang mengikuti idea awal kerajaan Perpaduan itu mengetahui bahawa yang dimaksudkan oleh TGHH ialah keraja tanpa pembangkang BUKAN gabungan dengan umNO.

Manipulasi media yang luas disambut dengan suasana pemilihan PAS menyebabkan perkara yang bukan isu menjadi isu panjang yang mencederakan perpaduan dan wala ahli PAS kepada pimpinan selama ini. Kesan paling ketara kekeliruan dari isu yang dimanipulasikan itu ialah PRK Manek Urai yang tanpa sembunyi memeperlihatkan keretakan PAS.umNo mendapat hasilnya walaupun tidak menang, namun majoriti yang surut menjunam amat membahayakan.

Nampak gayanya Najib mencuba sekali lagi untuk mengingatkan ahli PAS terhadap isu perpaduan. Mungkin ianya satu usaha mengalih isu atau suatu lontaran awal yang mengharapkan umpan yang dilontar akan disambut ahli dan pimpinan PAS. Tentunya sasaran ialah DUN Bagan Pinang!

Semoga ahli dan penyokong PAS tidak ghairah menerima lambakan tutar belit akhbar.. jua agar pimpinan PAS segenap peringkat tidak terlalu ghairah membuat ulasan melalui akhbar ...Ketahuilah!! akhbar yanga ada dan matlamat mereka mencari kekeliruan bagi dijaja ke merata alam.... tentunya Najib tidak melontarkan sesuatu yang sia sia....

Tiada ulasan: