Isnin, 7 September 2009
umNO BN BERBALAH, PEMUDA PR GAGAH MELANGKAH
GAMBAR CINA ISLAM
Pemuda Pakatan Rakyat Perak melangkah setapak lagi. Selama ini Pakatan Rakyat Perak hanya bergerak di peringkat perhubungan negeri. Melihat kepada keperluan usaha menggesa DUN Perak dibubarkan, maka pemuda Pakatan Rakyat telah menggerakkan usaha yang lebih serius melalui seketeriat yang ditubuhkan.
Mesyuarat penubuhan Seketeriat Pemuda PR ini dipengerusikan oleh YB Idham Lim yang juga ketua penerangan PAS Perak merangkap setiausaha Pakatan Rakyat Perak. Turut hadir ialah ketua pemuda DAP, PK dan Timbalan ketua pemuda PAS Perak. Beberapa pimpinan pemuda dan wakil parti turut hadir.
Penubuhan ini tentunya menggusarkan umNO BN yang sedang berkecamuk dengan masalah dalaman mereka. Di saat umNO dan BN sedang dibelit kemelut sesama mereka, Pakatan Rakyat Perak mengukuhkan kesepakatan. Propoganda perpecahan dan perselisihan antara parti Pakatan Rakyat nampaknya hanya umpama biasan kaca yang menimpa umNO BN sendiri.
Pertemuan ini juga marancang beberapa siri program bersama yang pastinya akan menggusarkan umNO BN khususnya Perak yang sedang dilanda krisis yang berpanjangan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan