Ahad, 4 Oktober 2009

DATUK A RAHMAN HASSAN BERSAMA PAS?


Hadir atau tak hadir bukan suatu isu besar. Ia perkara biasa dalam kehidupan harian manusia. Namun hadir atau tak hadir bukan perkara biasa bagi dunia politik. Bila orang yang dijangka hadir tak hadir ia dianggap pelik. Begitu juga orang yang tak dijangka hadir tiba tiba hadir. Ia akan menjadi isu dan perhatian. Akan dikorek sampai ke akar umbi.... itulah dunia politik khususnya orang yang merupakan selebriti.

Dalam PAS bukan pelik akhir akhir ini golongan muda bersama PAS termasuk artis Rock.Penampilan Amy dalam majlis PAS, Siti Nurhaliza mengunjungi TG Nik Aziz apatah lagi peristiharan menyertai PAS oleh penyanyi Melissa di Kelantan dan selepas itu dilihat banyak dalam program PAS termasuk yang terakhir dalam persembahan di Taiping baru baru ini.

Ketika menyemak blog Sayuti, saya terjumpa gambar Datuk A Rahman Hassan bersama penyokong PAS. Saya tak tahu ia hadir bersama penyokong PAS atau umNO. Yang jelas Datuk A Rahman Hassan hadir dalam majlis penamaan calon. Samada untuk memberi sokongan kepada PAS atau umNO. Gambar itu cenderung kepada PAS.

Jika benar kehadiran itu tanda sokongan kepada PAS , ia petanda umNO akan terputus talian saluran satu yang selama ini menjadi talian hayat kepada umNO. Datuk A Rahman Hassan adalah orang kuat seni. Terlibat memimpin persatuan seni. Banyak peminat "orang lama". Jika benar...ia sesuatu yang menarik.... jJika ia hadir untuk bersama umNO juga menarik kerana keberanian bergambar dengan orang PAS yang tentu sedikit menarik perhatian.... . YANG PASTI BELIAU BERSAMA ORANG PAS. BERSAMA PAS???...KITA TUNGGU..

2 ulasan:

abgBro berkata...

nampak jugak penyokong BN di belakang tuu...mungkin itu hanya sesi bergambor dgn peminat Dato 60an tu dgn penyokong Pas shj...

Tanpa Nama berkata...

aku pergi banyak ceramah UMNO time pilihan raya kecil aritu.aku orang Bagan Pinang.Dato A Rahman Hassan ni orang UMNO la..dia kata dlm ceramah tu dia cuma melayan peminat bergambar.Siap tunjuk lagi kad ahliUMNO dia.PAS je terdesak ambil kesempatan.desperate betul PAS ni..ntah ape2 ntah!dah 20 tahun dia jadi ahli UMNO..jadi jgn salah sangka ye..