Pahit atau pedas hakikat terpaksa diterima. Ia bukan satu kehendak mungkin juga tak terjangka. Namun ternyata kita sering kali terlena dengan sokongan bermusim yang tiba. Lantas kita mengharap ianya kekal sedang kita tak pasti mengapa perubahan dulu berlaku. Ia bukan kali pertama melanda. Ia sudah berulangkali. Gelombang 1999 diranapkan 2004. Kita saling menyalahkan terutama pimpinan sendiri sedangkan ketika menang kita mendabik dada. Islam mengajar ummatnya agar tidak mengulangi kesilapan sama kali kedua...Orang yang beriman tidak disengat dalam lubang yang sama kali kedua" Hadis yang masin di mulut kita semua.
Seringkali kali kita bersorak mengaku kemenangan hasil kerja kita dan menunding jari menyalahkan pihak lain apabila kekalahan terpaksa diterima. Tujuh kali kita menang, masing masing mendabik dada kemenangan hasil kerja kita hingga ada yang terlupa ianya anugerah yang esa...jauh sekali mengakui ia hasil kerja semua pihak...
Pelbagai komen yang kita terima dan baca di blog. Gelombang menyalahkan pihak lain sebelum satu post mortem dibuat amat mungkin kurang wajar. Tidak salah sekadar pandangan namun ada yang melampau tanpa bukti. Ada ulasan dari jauh kononnya hasil maklumat orang lain di medan... Bagi saya , lebih baik kita berdiam diri jika kita sendiri tidak menyumbang jauh sekali untuk berada di medan menyelami apa terjadi.
Paling ketara perubahan pengundi India yang dikatakan beralih sokongan kepada umNO. Antara komentar tak waras bagi saya ialah
" Satu kejutan berlaku. Majoriti pengundi-pengundi India di Bagan Pinang telah mengundi UMNO/BN walaupun isu “kepala lembu” dan isu “kuil s23” telah berlaku. Di dalam kedua2 isu, kepala lembu dan kuil S23, kepimpinan tertinggi PAS (Presiden dan Timbalan Presiden) mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan UMNO bermaharaja-lela mengutuk serta menzalimi hak penduduk Hindu S23. Pengempen2 MIC dari rumah ke rumah menggunakan isu bahawa PAS dan UMNO adalah SAMA. Ini kerana dalam isu Kuil S23 dan Kepala Lembu, sikap yang mereka tunjukkan adalah sama, yakni tidak menentang tindakan sekumpulan orang-orang UMNO itu."
Jika itu hujjahnya, sikap yang sama mengapa pengundi india mengundi umNO...PAS dan umNO dianggap sama...sedangkan ada juga pemimpin PAS membela malah secara umum..PAS dilihat membela...... bermakna PAS masih lebih baik untuk dipilih! Bagi saya hujjah itu sangat jauh dari kebenaran malah lojik sekalipun.
Satu perkara lagi yang kita terlupa tentang kecenderungan masyarakat India kepada PAS ialah kepimpinan yang bersih dengan imej agama. Mereka memilih bersama PAS dari DAP atau PKR sedangkan kedua parti itu lebih kehadapan dalam membela India. Mengapa???
Saya bersama petugas Perak, berada di Pusat undi Seliau kawasan majoriti pengundi India. Seliau adalah antara kawasan awal dilawati Isa Samad. Petugas PAS dan PR datang dengan keyakinan sokongan masyarakat India. Sememangnya masyarakat India bersama kita dalam pilihanraya lalu. Persoalannya pernahkah kita mengkaji mengapa India menyokong kita? apakah kerana dasar kita, atau kerana faktor lain. Apa yang terjadi , kita hanya sibuk meraikan kehendak mereka dan kurang mengambil kesempatan memberi kefahaman kepada mereka. Kebanyakan masyarakat India yang kekal menyokong ialah dari mereka yang menyertai kelab penyokong PAS, jua sebahagian dari DAP dan PKR. Yang dulunya menyokong PR sedangkan mereka adalah MIC kembali menyokong umNO...itu gambaran awal tanpa post mortem menyeluruh.... mengapa???
Gelombang boikot masyarakat India kepada BN bukan kerana benci kepada BN! mereka benci Sammy Vellu. Saya masih ingat ketika pengumuman Pilihanraya 2008 berlaku. Masyarakat India yang bersama kami di Markaz lebih 30 orang menghilangkan diri setelah diistiharkan Sammy kalah di Sg Siput. Mereka hanya menanti keputusan itu....
BN dan umNO menyedari masalah ini. Mereka bertolak dari punca masalah sedangkan kita asyik berseronok dengan hasil masalah. Kita berseronok menyambut kedatangan mereka hingga kekadang lupa kawan yang berada di sebelah kita sedangkan mereka umpama lari dari rumah kerana bapa tiri yang mengganas. Bila ibu dah duduk rumah lain , mereka balik kerumah kerana kasih sayang kepada ibu mereka.... Bila mereka lari balik, kita menyalahkan kawan kita yang kononnya tak pedulikan mereka....
KPBN atau Kelab Penyokong BN adalah alternatif. Ketika penyokong PAS melabelkan KPBN di Silau dengan nama Sammy mereka jelas menafikan dan marah kepada Sammy... Kami One Malaysia ,kelab penyokong BN, bukan MIC bang... tak mau Sammy ....
Di Sabah pernah terjadi gelombang kebencian kepada umNO setelah umNo gagal menunaikan janji ketika merampas Sabah dari PBS. Gelombang kebencian ternyata merebak dan alternatif mengalahkan umNo ialah PBS. Hanya satu halangan pada PBS iaitu label Kristian yang sangat sensitif bagi masyarakat Melayu Jika pengundi ini berubah ke PBS, umNO akan tumbang. Sebagai alternatif, umNO menubuhkan Bersekutu, parti pimpinan Harris Salleh bekas Presiden Berjaya yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah.Ternyata taktik itu berjaya apabila penyokong yang berhasrat menyokong PBS memilih Bersekutu. umNO menang! setahun kemudian , Bersekutu pun Ghuyub....Petugas PAS memiliki salinan arahan Ghapur Salleh yang ketika itu Timb Ketua Menteri mengarahkan agar umNO tidak menyerang Bersekutu kerana ia adalah proksi umNO...
Apa yang ingin ditegaskan ialah agar kita bersikap lebih matang tanpa menyalahkan mana mana pihak sebelum Post mortem dijalankan.... Mari kita menyelami punca sebenar kerana selama ini mungkin kita terleka dengan sokongan mereka tanpa berusaha meyakinkan mereka kepada kita. Meraikan mungkin mengembirakan untuk jangka waktu pendek berbanding berusaha menguasai dan mendidik serta memberi kefahaman yang dilihat merugikan dalam jangka pendek tetapi hasil nya muncul kemudian...Sebagaimana kita berseronok dengan kemasukan ADUN Bota ke dalam PR namun hanya seketika ia balik bersama ADUN kita dan meruntuhkan kerajaan Perak!
Mari kita berlapang dada dan melihat kelemahan seketika.... ianyalebih baik dari asyik menyalahkan orang lain sedangkan kita sendiri menutup kelemahan dan kesalahn kita dan kelompok yang kita senangi!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan