Selasa, 13 Oktober 2009

TIGA MAL'UN MENENTUKAN NASIB RAKYAT PERAK

Sidang Perak telah mengeluarkan notisnya. Belanjawan Perak akan dibentangkan. Hadir atau tidak ADUN PR bukan isunya Mereka berhak untuk hadir atau tidak kerana mereka adalah ADUN yang sah. Apa yang ingin di bincangkan ialah nasib rakyat Perak.

Setelah beberapa lama nasib rakyat Perak masih tak menentu. Setelah membuat keputusan berani menolak BN dan memilih pembangkang yang disatukan memerintah atas nama Pakatan Rakyat. Rakyat Perak mengharapkan sesuatu perubahan. Sememangnya perubahan itu dilihat menjanjikan harapan. Harapan ketelusan dan penyatuan rakyat di atas keadilan dan kesaksamaan. Namun harapan itu berkecai di tengah jalan angkara tiga ADUN khianat yang meruntuhkan kerajaan. Mereka melacurkan undi rakyat untuk mengisi poket masing masing.

Sehingga kini nasib ketiga ADUN laknat tersebut masih belum jelas. Yang pasti hayat mereka hanya sehingga pilihanraya baru. Saya amat yakin umNO hanya ingin menjadikan mereka mangkuk tandas melepaskan najis mereka. Ketiga tiga mal'un itu pun sedar akan nasib mereka. Sebab itu berbagai tuntutan mereka kemukakan menjadi umNO semakin meluat dengan mereka.Namun umNo sedang sakit perut dan najis mesti dilepaskan. baunya telah semerbak ke serata alam...

Apa yang menjadi malangnya...nasib rakyat Perak ini berada di tangan tiga ekor mal'un ini. Buat masa ini umNo memilih membela tiga ekor mal'un ini demi politik haram mereka...persoalannya bersediakah rakyat Perak...PAS atau umNO...berparti atau tidak membiarkan nasib mereka terus menerus di tangan manusia hina ini? Dan mereka ini menjadi begitu bernilai kerana keizinan dan bantuan umNO.... insan bijak dan bermaruah akan melakukan sesuatu bagi mengajar spesis ini...adakah anda termasuk bermaruah dan bijak...pilihan ditangan anda!

1 ulasan:

singamaraja berkata...

Salam ziarah dari Singamaraja