Sabtu, 24 Oktober 2009

MOHON MENCELAH - EGM KERANA BERMASALAH

Gara gara kekalahan di Bagan Pinang yang sememangnya tak dijangka menang, tiba tiba batunya menimpa kepala Presiden. Kita tahu siapa pengarah pilihanrayanya… kita juga tahu…siapa kepala jentera yang mencatur di bilik gerakannya…kita juga tahu siapa yang siang malam menjadi penceramahnya walau telah tiada dalam JK Pusat… Mereka semua tidak menjadi sasaran. Langsung tak disentuh… Biasanya pengarah adalah orang yang paling awal kena marah… tapi apalah nak dimarah jika memang dah jangka kalah???? Soalnya kenapa orang lain dijadikan tempat melepas lelah???

Di saat post mortem belum keluar…ditanya kenapa lambat….(mungkin orang nak semuanya sesegera mee segera…hasil macam anak luar nikah juga… ) bila keluar dikata tak tepat kerana terlalu cepat…. sememangnya di dalam hati sudah dilipat…keputusannya….. aku juga paling hebatttttt!

Saya tak peduli semua itu kerana sememangnya dikenal siapa dalang dan watak di sebaliknya. Di alun kisah cinta kepada umNO, di alun juga kasih yang tak setia. Tujuh kemenangan di lupa hasilnya…alih alih kalah sekali di tempat sudah dijangka juga yang di jaja…. Tembak membabi buta mencari mangsa… saya tak peduli semua itu kerana sememangnya hasad dari kecewa tak dijangka terus akan membara…. Biarkan api itu marak di dalam…akhirnya ia akan membakar diri sendiri jua….

Apa yang tiba tiba menyesakkan jiwa apabila blog Yang dikasihi TG Nik Aziz bersuara. Kasih sanjung yang tak pernah padam buat TGNA menjadikan saya sering bertanya diri? Wajarkah pandangan di jari ini ditari…. Kerdil sangat terasa diri… Namun belajar dari kelompok yang sedang menyusun startegi..Ulama itu tidak maksum! Tiada wala untuk golongan ini” saya memberanikan diri, namun hormat dan memuliakan insane berjasa besar kepada agama ini takkan menjadikan saya biadab sebiadab beberapa penulis yang menghina tuan tuan guru yang lebih separuh hidup mengabdikan diri dalam perjuangan ini. Biarlah anda biadab dengan Ulama yang anda benci…. Kerana anda sendiri tahu mengukur sebersih dan sesuci mana diri anda di sisi Robbi…. Harap ada cermin yang mampu digilap agar diri sendiri diketahui hitam atau kelabu asapnya hati….

Saya terkejut melihat tulisan di blog TGNA, namun saya amat berharap ianya bukan tulisan TGNA di blognya sendiri. Saya mencari cari di mana tari jari sufi TG yang di hormati, jua tercari cari di mana terselit sendi yang mampu memberi kekuatan buat diri saya ini…. Sering cuba saya mendekati, sering pula bimbang curiga diri… Bahasa indah yang sejak dulu saya semat kukuh di hati…cuba saya fahami… Apa di fikiran TG, cuba saya renungi…namun tak termampu rasanya mendalami apa isi hati yang suci itu… Apa tertulis terus menjadi persoalan yang ingin sama saya kongsi…

01. Apakah berat benar masalah kekalahan di Bagan Pinang hingga perlunya EGM untuk menentukan kedudukan pucuk kepimpinan? Bagaimana dengan kemenangan yang juga di bawah GEMBALA pemimpin yang ada??? Bagaimana pula sesak keputusan di Manek Urai yang hampir menjerumuskan PAS ke jurang kekalahan sedangkan ia berlaku di Kubu PAS, Negeri yang ditadbir oleh PAS, digerakkan oleh mereka yang hebat di dalam PAS dan di awalnya ada larangan tertentu buat beberapa pemimpin PAS termasuk Presiden PAS??? Saya amat mengharapkan sesuatu yang sangat adil dalam penilaian antara dua lubuk ini…lubuk umNO dan lubuk PAS!

02. Persoalan yang ditimbulkan oleh Aziz Bari ..antara yang menjadikan ianya besar ialah masalah beralihnya pengundi bukan melayu kepada umNO. Apakah pandangan prof undang undang ini adalah tepat ianya berpunca dari sikap pemimpin PAS?Jika ianya dari punca pemimpin PAS terutamanya isu di Selangor, mengapa ia beralih kepada umNO. Sepatutnya ia menjadi undi protes kerana umNo diketahui lebih jahat. DSAI sendiri menyatakan hubungan kerjasama PR di Bagan Pinaang adalah lemah walaupun Khalid Samad menyatakan ianyaalah adalah terbaik?? Semua mengakui masalah undi tentera menjadi factor utama> Itulah yang ditekankan oleh PAS sebelum pengundian…namun selepas keputusan kenapa isu ini menjadi ketiga atau keempat. Bukankah isu rasuah dan ugutan melampau terutamanya di astet, sekatan dan kekangan pengurusan astet dan politik ganas umNO diakui factor utama? Kenapa setelah diakui semua itu factor utama, tiba- tiba kesimpulannya.... factor pemimpin PAS menjadi utama hingga perlunya rombakan kepimpinan? apa ni???

03. Jika berlaku Mesyuarat Khas dengan tujuan merombak kepimpinan… Jika perwakilan memilih mengekalkan pemimpin yang ada..kita sama sama bela… betulke??? Isu kerajaan perpaduan…cenderung kepada umNO malah seribu satu macam isu ciptaan ini telah timbul sejak PAS mula membentuk kerajaan Pakatan Rakyat lagi. Muktamar di Selangor tahun lepas adalah kemuncak serangan isu UG . Ada calon merantau pelusuk kawasan memburukkan lawan ( budaya umNo yang dipinjam) atas alas an mereka ini proksi umNo dalam PAS. Namun bila keluar keputusan…pemimpin yang ada terus di beri kepercayaan dan mandate yang besar! Ia hanya baru beberapa bulan! Jika perlu diadakan semula pemilihan atau rombakan ini..apakah ianya akan selesai?? SAYA SANGAT YAKIN IA TIDAK AKAN SELESAI!!!. Apakah selepas itu kita perlu membuat satu lagi Perhimpunan khas??? HARUS DIINGAT…MUKTAMAR YANG BARU LALU ADALAH MUKTAMAR PEMILIHAN! MUKTAMAR TAJDID!! KEPUTUSAN PERWAKILAN MASIH PANAS!! PELUH PETUGAS MUNGKIN ADA YANG BELUM KERING! MALAH MUNGKIN MASIH ADA HUTANG YANG BELUM DILANGSAI! Kita baru sangat MENTAJDID KEPIMPINAN!. Malah mungkin ada pemimpin yang baru di tajdidkan itu masih belum betul tempat duduknya lagi… Siapa pulak calon Presidennya??? Sedangkan di muktamar yang penuh persediaan pun tak de calon Presiden. Takkan sekarang dah jumpa??? Ustaz Azizan ??? Timbalan presiden pun ustaz Azizian tolak pada muktamar lepas….

04. Aziz Bari juga nampaknya pandai mencipta ayam laga untuk PAS. Nama Ustaz Azizan Razak menjadi umpan agar tidak dilihat anti PAS. Sedangkan ustaz Azizan inilah yang berdepan dengan kritikan tanpa kawalan di awal mengambil alih kedah. Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS semacam buat tak peduli… Umum mengetahui Ustaz Azizan adalah orang yang komited dengan Jamaah dan menghormati Presiden. Kenapa tak dicadangkan nama Husam atau Khalid Samad atau mungkin Hanipa Maidin??? Ia adalah cara halus melagakan kepimpinan PAS..Busuk sungguh cara ini!!!

Sebenarnya lama sungguh hati ini ditahan. Melihat rentak tari yang melakar musuh di rumah sendiri. Di saat umNO membina kekuatan, kita memukul rakan…Hassan Ali dikatakan tidak cerdik dan berniat jahat kerana membuat kenyataan akhbar sedangkan ianya sebagai exco boleh berunding sendiri. Maaf..Kenyataan di dakwa tulisan TGNA di bloknya juga bersifat media terbuka. KL Pos mengambil berita Pecat HJ Hadi!. Sedangkan TGNA adalah Mursyidul Am yang boleh memanggil sesiapa sahaja mengadapnya. Mengarahkan dalam mesyuarat agar membincangkan tentang muktamar khas! MENGAPA PERLU MENJADI BAHAN PERBINCANGAN AHLI YANG SERBA KEBODOHAN INI???? Di dalam akhlak berilmu… ada perkara tertentu yang tidak perlu dibincang ummat yang jahil kerana orang jahil hanya akan menjadikannya lebih kusut dan berserabut. Apakah ianya hanya lontaran segulung benang kepada kucing agar mengusutkan lagi benang itu.???? megharapkan kucing merungkai kekusutan....apa yang terjadi... mungkin ada kucing yang akan terjerut leher sendiri!!!
Akhirnya mohon maaf buat TGNA yang tulisan ini bukan menjawab pandangannya…tetapi menjawab pandangan orang yang memehami dan berpendirian seperti ini. Berpegang kepada hujjah yang ditulis dalam blog TGNA bahawa mengkritik adalah budaya dibenar Islam…maka saya menumpang untuk meluahkan rasa hati…. Bukan mengkritik!!!! Ianya mungkin apa yang tertulis di Blog TGNA yang saya tak pasti adakah ianya rentak tari sufi Tuan Guru??? Andai itu rentak tari sufi atau kasyaf yang lahir dari hati yang suci…saya mohon mengundur diri….

9 ulasan:

Tombak Emas berkata...

Syabas ustaz..terurainya kecelaruan dalam kotak pemikiran pendokong islam..Kini suluhan Takwa para pejuang Islam telah dapat menyuluh musuh di dalam gelap.

muryadi berkata...

Saya sokong artikel ini.

abgBro berkata...

saya setuju dgn pandangan tuan ini...

peristiwa ini harga nya sgt mahal kpd kelangsungan perjuangan kita...

ayuh kita semua solat hajat mohon Allah selesaikan kemelut ini...

salam perjuangan..

Tanpa Nama berkata...

yo! kononnya respek kat TGNA; tapi secara halus ngatakan Ulama' tidak maksum! Yo! siapa yg pernah kata Ulam' tu maksom? dah tu, kamu kata pula Nik Aziz dah macam kucing dapat segolong benang ; betulke?

Tanpa Nama berkata...

Lantik presiden,lepas tu nak gulingkan.
Macam banana republik.


Kalau nak gulingkan presiden,bermakna segala kelemahan,kecacatan,
kegagalan,keburukan beliau sebagai pemimpin mesti dikemukakan.

Kalau dah buat,tak boleh tarik balik nanti.

Siapa untung?

Adakah penyokong2 presiden akan berdiam diri?

Tanpa Nama berkata...

ustaz..ana sokong pendapar ustaz...

dato' berkata...

Salam anon 10.34.
tolong baca baik- baik...saya tahu adab dengan ulama...bukan macam orang yang bila marah tak tahu ulama dan bukan....
Bile pulak saya kata TGNA.... sayang tak de nama...kalau ade nama saya akan ajar cara membaca...

Ummul Kasturi berkata...

Saya pernah jadi anak murid setiap Jumaat TGHH dan kagum dengan ilmu dan kehebatan sahsiahnya...! Begitu juga, saya sering dengar ceramah TGNA dan amat kagum ilmu dan kezuhudannya...! Kedua-dua Tok Guru ini, saya percaya penuh keihlasan dalam perjuangan Islamnya...! Siapalah kita jika dibandingkan dengan amalan ilmu yang dipunyai oleh keduanya...!

Saya amat yakin apa yang keluar dari kedua Tok guru semestinya dipimpin oleh Allah S.W.T kerana kelebihan taqwa mereka...! Masalahnya, bukan mereka berdua...! Hanya masalah juak-juak disekeliling mereka., yang kurang ilmu tapi berlagak bijak dan sebenarnya mereka tidak ikhlas, mabuk dengan jawatan yang baru sedikit Allah beri ruang(sebenarnya Allah mahu menguji)..! Maaf..., saya sayang kedua Tok Guru, sayang Jamaah dan amat sayang Islam...!

hussin berkata...

"pertemuan dalam gelap" hanya melibatkan dua tiga kerat pemimpin sahaja. tidak pernah "dipersetujui oleh majlis syura ulama" seperti yang dinaskan oleh nasha apabila pihak yang ditemui mendedahkan sudah 3 kali bertemu. walaupun pada mulanya dinafikan. telah tercatat DUA pembohongan berlaku.

keputusan untuk mengadakan muktamar khas bukan di bawah bidangkuasa majlis syura ulama untuk menentukan sepertimana dinaskan oleh nasha (http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm). cukuplah sekali dia kencing kalian.

selepas dua tok guru berpeluk2, diistiharkan terkuburnya isu "pertemuan dalam gelap". tanyalah diri kalian masing2, bilakah pula "kerajaan perpaduan" dilontarkan? sebelum atau selepas dua tok guru berpeluk2?

mungkin inilah yang menyebabkan kehangatan dalam pas. pembohongan dipertahankan!