Khamis, 22 Oktober 2009

PANDANGAN TUAN IBRAHIM


Ulasan Dr Aziz Bari berhubung kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah sebahagian daripada komentar ahli akademik yang perlu diberi perhatian, sebagaimana kita memberi perhatian kepada pandangan lain yang berada di luar kotak politik. Oleh kerana bidang politik bukan milik ahli politik sahaja, maka semua pandangan boleh diberi; walaupun tentulah agak berbeza mereka yang berada dalam gelanggang dengan yang berada di luar gelanggang. Perbezaan tersebut merupakan lumrah penilaian. Saya menghormati pandangan beliau sebagai ahli akademik, yang melihat dari sudutnya yang tersendiri. Walaupun saya sendiri mempunyai pandangan yang berbeza kerana mungkin saya berada dalam gelanggang dan sebahagian dari kepimpinan parti.

Ada
beberapa perkara yang mungkin tiada dalam maklumat beliau menyebabkan pandangan yang diberi agak bersifat kritis. Beliau mencadangkan agar parti mendisiplinkan Hassan Ali atau menyingkirkan terus, kemudian beliau menyatakan bahawa ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hassan dilihat mewakili golongan yang pro umno dalam PAS seperti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa dan penyokong mereka. Saya ingin tegaskan ini pandangan beliau dalam posisinya sebagai ahli akademik. Tentulah banyak perkara dalaman yang dibincang dan dihalusi dalaman parti tiada dalam pengetahuannya.

Isu berlaku di Selangor bukan sahaja pertembungan untuk menarik sokongan, Bagi PAS isu utama bagaimana kita sebagai pemimpin yang akan bertanggungjawab terhadap rakyat dari dunia sampai akhirat. Kita memerlukan rakyat yang bermoral. Masyarakat menilai kita yang mewakili suara Islam dalam kerajaan. Apa tindakan kita untuk membina rakyat yang bermoral. Dr Hassan sebagai exco agama akan ditempelak tidak melakukan apa-apa bagi membela umat Islam, dalam isu arak. Tindakan beliau dengan dokongan Badan Perhubungan Negeri dan dibincang dalam exco kerajaan, bukan membuat peraturan baru, hanya sekadar melaksanakan enakmen yang sedia ada, yang tidak dikuatkuasakan selama ini.

Dalam keghairahan kita menjaga hati pengundi bukan Islam, jangan kita lupa bahawa pengundi Islam ingin melihat pembelaan kepada dasar Islam. Kita mengambil jalan tengah dengan tidak mengganggu golongan bukan Islam untuk mendapatkan minuman keras, cuma kita meminta agar penjualannya di kawasan majoriti umat Islam dihapuskan.

Mungkin Dr Aziz Bari melihat bahawa Dr Hassan Ali tidak perlu membuat kenyataan terbuka, sehingga dilihat wujudnya pertembungan antara PR. Saya ingn tegaskan bahawa isu ini telah dibincang dan beberapa kenyataan telah dikeluarkan dalam media berhubung perkara ini. Tetapi atas kedudukannya sebagai exco kerajaan yang menjaga agama dan Pesuruhjaya Negeri, saya fikir beliau juga mempunyai kekangan bila diajukan persoalan oleh pemberita, dan masyakakat juga ingin mendengar kenyataannya sebagai exco agama. Yang lebih adil ialah mendapatkan penjelasan sebenar terhadap kenyataannya, bukan hanya melalui media perdana yang tentunya lebih suka melihat pertembungan dalam PR, serta melihat juga pendirian Badan Perhubungan Negeri yang merupakan badan tertinggi parti di peringkat negeri.

Saya melihat kenyataan kontroversi bukan sahaja dari kalangan PAS, bahkan kenyataan serupa berlaku di Kedah oleh pimpinan DAP berhubung isu pusat penyembelihan, kouta perumahan, dan lainnya. Kita melihat perbezaan dalam PR adalah sikap keterbukaan kita, dan ternyata dalam beberapa pertemuan pimpinan PR, hubungan antara kita sangat kukuh, mesyuarat dwi bulanan PR merupakan
medan penting bagi pengukuhan ini.

Walau bagaimanapun pandangan Dr Aziz Bari bahawa agak sukar untuk dilakukan kerana beliau ( Dr Hassan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro Umno. Kenyataan ini tentunya agak keterlaluan, kerana Jawatankuasa Disiplin parti tidak sesekali terikat dengan apa yang disangka oleh beliau. Kita mempunyai rujukan peraturan dan tindakan. Jawatankuasa Disiplin sehingga kini menerima saranan daripada PR agar semua kepimpinan parti terikat dengan peraturan parti masing-masing, tetapi menegaskan agar tiada kenyataan yang boleh menimbulkan keretakan dalam Pakatan.

Sehingga kini Jawatankuasa Disiplin PAS tidak menerima apa-apa
surat rasmi berhubung perkara tersebut. Namun perlu dinyatakan bahawa PR dalam mesyuarat lalu telah memanggil sama semua exco Selangor bagi mendengar permasalahannya, dan mesyuarat Harian Pusat juga telah mengundang Harian Selangor bagi mendengar permasalahan yang berlaku, dan telah membuat ingatan agar semua kenyataan yang boleh megeruhkan suasana dalam PR dielakkan, bahkan sebarang perkara yang mempunyai perbezaan pandangan dapat diselesaikan dalam mesyuarat exco dan parti masing-masing.

Jelas ianya tiada kena mengena dengan pro Umno atau sebaliknya. Kita telah gagaskan kenyataan bahawa kita perlu perkukuhkan PR. Ini gagasan bersama yang telah kita lakukan. Tetapi ianya bukanlah bermakna kita tidak boleh berbeza pandangan dalam berhadapan pelbagai isu yang berlaku. Bahkan saya ingatkan bersama bahawa sejarah perjuangan Islam dan sunnatulLah dalam jamaah Islam, sesiapa yang khianat dalam perjuangan ia akan gugur dari jamaah, samada Allah akan mendedahkan keburukan mereka atau jamaah akan menggugurkannya.

Antaranya beliau (Dr Aziz Bari ) memetik pandangan yang menyatakan Presiden tidak memberi respon terhadap apa yang berlaku di Selangor. Akibatnya pelbagai tuduhan yang menyamakan beliau dengan bekas presiden UMNO dan lainnya. Sedangkan realitinya beliau telahpun memberikan respon kepada apa yang berlaku, bahkan sebelumnya Timbalan Presiden telah membuat kenyataan akhbar tentang isu tersebut. Presiden berulang kali menyatakannya dalam pelbagai pertemuan parti, Cuma kita harus ingat bahawa media arus perdana tidak menyiarkan kenyataan beliau, sebagaimana mereka menyiarkan berita yang mengambarkan keretakan dalam PR. Namun Dr Aziz Bari ternyata tidak seronok dengan kenyataan dari Timbalan Presiden yang dilihat membela Hassan Ali. Dalam situasi yang ada apa jua kenyataan tentulah akan ada yang setuju dan sebaliknya. Yang tentunya kita tidak boleh minta agar semua kenyataan sesuai dengan kehendak kita.

Namun saya melihat pandangan beliau agak tersasar dari tajuk utama kerana apakah kerana kita tewas dalam satu PRK maka perubahan kepimpinan perlu dilakukan. Bagaimana dengan kemenagan sebelum ini, apakah ia tidak dilihat kejayaan kepimpinan yang ada? Mari kita kembali kepada peringatan Allah :
“Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya”.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Nak tanya sikit, pasal apa lembab sangat buat post-mortem?

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Macam mana dengan ayat Quran yang menyatakan :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11.

Ayat nak letak kat mana? Untuk ekonomi je ke?

Fadli berkata...

Bahlul punya anonymous. Main suka-suka jer nak taruk ayat al-Quran.

Tanpa Nama berkata...

Takkan pemimpin Pas tak leh di tegur kot?

Tanpa Nama berkata...

Jelas ianya tiada kena mengena dengan pro Umno atau sebaliknya. Kita telah gagaskan kenyataan bahawa kita perlu perkukuhkan PR. Ini gagasan bersama yang telah kita lakukan. Tetapi ianya bukanlah bermakna kita tidak boleh berbeza pandangan dalam berhadapan pelbagai isu yang berlaku. Bahkan saya ingatkan bersama bahawa sejarah perjuangan Islam dan sunnatulLah dalam jamaah Islam, sesiapa yang khianat dalam perjuangan ia akan gugur dari jamaah, samada Allah akan mendedahkan keburukan mereka atau jamaah akan menggugurkannya.
-----------------------------------
ye ke? c hasan ali p kondem SELCAT tak ikut saluran mesyuarat dan pertahankan ADO2 yg rasuah buat pa? pasal ADO tu melayu?

tolong jgn nk perbodohkan org.. asal nak pilihanraya kecil, ada ja isu yg d bangkat kan oleh c hasan ali dan jadi peluru pada BN .

jgn nk jadi bodoh sombong !!!! org bukan islam dan mula menyampah dgn PAS pasal karenah org mcm c hasan ali..ini kenyataan!!! pasal tu non muslim kaw2 swing kalahkan calon PAS d bagan pinang..

tak caya? cuba buat soal selidik dan servay... kalo suka puji2 ja dan tak boleh dgr teguran.. sah dah kena penyakit mcm UMNO..

mountdweller berkata...

Salam

Walau apa pun tidak semestinya perkara di belakang tabir PAS perlu dihebuhkan dengan kenyataan media?

Ingat! Rakyat dan Pengundi melihat dan menilai.

dato' berkata...

PAS kini dipaksa terlalu mengambil kira tentang orang bukan Islam. Bagaimana dengan perjuangan PAS menegakkan Islam?
Benarkah undi India dan Cina berubah kerana apa yang didakwa? jika benar tentunya ia datang dalam undi protes bukan undi umNO?? takkan itu pun tak pikir???

rosidi hussain berkata...

just nak bagi pandangan kerdil.. sokongan kpd kita dlm pru 308 lalu bukannya kerna sokongan non Muslim atau swing vote yang tinggi daripada mereka.. tapi kerana serangan Tsunami Tuhan Yang Maha Perkasa.. Sapa2 pun tak sangka ..DSAI pun tak sangka.. PAS tak sangka.. DAP tak sangka.. PKR tak sangka.. UMNO UBN lagi lagi la tak sangka .. Malay tak sangka .. non Malay tak sangka...Muslim tak sangka.. Non Muslim pun tak sangka...

Kalau kita tahu Tsunami 308 akan berlaku.. tak jadi macam apa yang berlaku sekarang ni.. Allah Maha Adil...

Tanpa Nama berkata...

mmm..
x abis2 ngan wala..
come on arr..
rumah dah condong sgt dahh..

dato' berkata...

memang WALA TIDAK PERLU...bagi mereka yang bukan berjuang Islam. jika tak selesa dengan WALA...sila pilih parti selain parti Islam.... kita masih boleh berjuang bersama... namun matlamat dan cara tetap berbeza!!!

BISA berkata...

kita nak lihat Pas jadi terbaik dari baik,So kalu ada apa2 yg membantutkan kearah yg terbaik itu eloklah diperbaiki mana2 yg patut.toksah lah dok cover mana2 pemimpin yg terbukti lemah berpolitik.Tunjukkan lah kehebatan org muslim bila berpolitik,jgn hanya pandai ceramah sebut org lain tak betul.

sekarang udah ada sikit kuasa buat lah apa yg patut utk rakyat,

tunjukkan kepada rakyat pas lebih bijak dalam pentadbiran,berpolitik dan sbgnya..

Tanpa Nama berkata...

Salam Fadli,

Ana anon # 2,

Apa hujah anta kata ana main letak je ayat Quran? Tegakkan Islam dengan hujah bukannya maki. Pengajaran dari al-Quran adalah untuk perkara umum dan khusus.

Hujah ana : PAS sendiri perlu berubah @ menukar pemimpin sekiranya pemimpin yang ada tak mampu memimpin masyarakat.

Tanpa Nama berkata...

Hari ini ramai ahli PAS yang mula berfikir dengan perasaan. Iman tak tahu dah hilang ke mana. Apabila ada yang ingin membuat penjelasan maka akan di'cap' sebagai pro kepada satu-satu pihak.
Jangan lupa sejarah hijratunnabi. Yang berhijrahnya ramai tetapi ada pelbagai matlamat. Sekiranya sahabat2 ahli PAS bersama dengan jamaah ini untuk menegakkan kebenaran Islam, insyaAllah akan ada nur menanti di dunia lain. Namun sekiranya kita menyertai jamaah ini kerana agenda peribadi atau kerana bencikan UMNO, hanya Allah yang lebih mengetahui penghujung hayat kita. Pimpinan dipilih bukan untuk dicerca atau dicari kesilapannya. Kita memilih mereka kerana keyakinan kita terhadap kemampuan mereka memimpin kita. Ahli2 PAS perlu lebih bijak membaca taktik musuh dan tidak mudah melatah. Berlapang dada untuk menerima pandangan dan mendengar penjelasan. Sepatutnya kita menjadi agen dalam menyebarkan dakwah dan menyatakan kebenaran bukan pula menjadi agen untuk menyebarkan fitnah dan membuat tuduhan melulu yang kita sendiri tidak pasti tentang kebenarannya. Ini adalah masa untuk menyerang musuh, bukannya masa untuk membunuh sahabat sendiri. Ana isytiharkan perang terhadap mana-mana blogger yang bertopengkan PAS tetapi merosakkan jamaah ini.