Selasa, 20 Oktober 2009

"ORANG MUDA GENG KITA"- LANGKAH BARU DPP PERAK

1. Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Perak kerana berjaya melancarkan " Orang Muda Geng Kita "

2. Saya secara peribadi sangat terharu atas usaha gigih Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang berjaya " bangkit kembali " untuk memacu perjuangan suci ini di bumi Perak . Syabas sekali lagi .

3. Saya mengharapkan langkah serupa , segera diambil oleh Dewan Pemuda PAS negeri - negeri yang belum melancarkan " Orang Muda Geng Kita " agar Dewan Pemuda PAS senantiasa segar dan dekat bersama anak - anak muda untuk sama - sama bergerak memacu perjuangan membina landskap baru politik tanahair .

4. Gerakan membentuk gelombang " Orang Muda Geng Kita " dengan satu logo yang sama ke seluruh negara adalah gelombang baru yang akan mewarnai pergerakkan pemuda PAS ke tengah - tengah masyarakat sekaligus bergandingan "sehayun tangan dan selangkah kaki " bergerak mara ke hadapan memenangi dan menjuarai apa jua isu anak muda yang boleh ditangani dan diperjuangkan .

5. Masa berbaki 2 bulan lebih sebelum memasuki 2010 adalah tempoh untuk seluruh pemuda PAS kembali menghayati dan melaksanakan objektif serta matlamat perjuangan ini dengan serius dan tidak lagi menoleh ke belakang sebaliknya merencana untuk memastikan bagaimana risalah dan mesej perjuangan boleh sampai ke setiap rumah dan mampu menembusi setiap hati nurani anak - anak muda . Selamat berjuang dari saya buat seluruh pemuda . Jom Bersama Pemuda .

Monday, October 19, 2009

Pelancaran "ORANG MUDA GENG KITA"...meriah





BATU GAJAH, 18 Okt - Pelancaran kempen "ORANG MUDA GENG KITA" PEMUDA PAS PERAK mendapat sambutan sangat menggalakkan. Pelacaran ini diadakan semasa majlis SAMBUTAN AIDILFITRI PAS PERAK di Arena Square Batu Gajah yang dihadiri hampir 10000 hadirin.

Pelancaran ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar. 300 buah motor bertuah telah dipilih untuk ditampal 'sticker' "ORANG MUDA GENG KITA" oleh Ust Abu Bakar serta saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Perak sebagai gimik untuk memeriahkan pelancaran tersebut.
Golongan muda menyambut baik pelancaran tersebut. Suatu sinar baru kepada golongan muda dan untuk PAS sendiri.


Ustaz abu bakar melancarkan program tersebutt...

cantik btoi baju ni...







misbahul munir tidak melepaskan peluang




ustaz abu bakar menampal sticker

konvoi motor besar

2 ulasan:

pejuang/// berkata...

Salam perjuangan, salam 1 Malaysia.
Wah...tahniah PAS kerana sekali lagi berjaya menipu Rakyat Malaysia khasnya Rakyat Perak.
10 ribu yer.... agak-agak ler bro kot ye nak menang sorak bukan apa takut nanti kampung mike tergadai. Aku ada di situ bersama pak saudaraku yang juga menetap di Kampung Pisang... Boleh di bilang berapa ramai orang tempatan yg hadir. Ikut kiraan pakcik aku,tak lebih 500 orang tempatan yg hadir. Yang ramai dari Kampung Seri Jaya, meranti lapan dan kampung pisang. Bagi aku makan free dan dapat duit raya siapa tak mau. Budak sekolah diberi tshirt lagi. Untuk makluman Pakcik aku pun orang PAS juga, AJK Bahagian lagi, cuma dia x tau aku pro BN. Hehehe.... Siap kata pada aku kalau tau orang BN mau malu PAS Batu Gajah kerana gagal.
Kesimpulannya sekarang kejayaan program tersebut adalah kerana kehadiran orang luar dan bukan 10 ribu yang hadir, malahan kurang cuma aku kalah klu kalian bleh tunjukkan bukti kehadiran rakyat. Hehehe....
Anyway tima kasih kepada Pak Sayuti Omar kerana blog nyer kini pro kepada BN.....

MC_Shaharul berkata...

sy stuju sgt dgn program yg dilancarkn tue...tp jgn skadar slogan jer tanpa ade program yg menyusul n klu blh turunla wat progrm2 kt daerah2,jgnla wat progrm kt ibu negeri jer,sbb sy tgk progrm2 pemuda jrg turun disetiap daerah2,sume tertumpu kt tmpt lain,kami golongan muda disini nk jgk mendekatkn diri ngn pas,tp kami masih2 rasa sgn2 coz kdg2 cara pendekatan tue x kena...pape tahniah n trus kn usaha,gud luck pemuda pas perak..