Rabu, 21 Oktober 2009

PAKAR UNDANG UNDANG . YA...PAKAR POLITIK?...BARU MERANGKAK

KENYATAAN IKPNT TERHADAP TULISAN PROFESOR DR AZIZ BARI

Institut Kajian Polisi PAS Negeri Terengganu (IKPNT ) tertarik untuk memberi respon terhadap satu penulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pensyarah Undang-Undang UIAM, Gombak di dalam ruangan Perspektif Sinar Harian Isnin 19 Oktober 2009 di bawah tajuk “Pengajaran dari Bagan Pinang: Pas kena ambil langkah drastik lakukan reformasi kepimpinan”

IKPNT mendapati bahawa penulisan tersebut tidak seimbang dan hujah-hujah yang digunakan tidak bertepatan, memandangkan beliau pada asalnya menyebut “sekadar hendak mengungkap beberapa perkara yang penting dari sudut perlembagaan khususnya dan sistem politik umumnya”.

Sepatutnya beliau banyak membicarakan kepincangan dalam PRK tersebut dari sudut undang-undang yang penuh dengan keganasan dan penipuan yang dilindungi oleh undang-undang. Pandangan terhadap keraguan proses undi pos, salahguna jentera kerajaan, ketelusan SPR dan rasuah patut diberikan pandangan dan penjelasan oleh beliau sebagai seorang ahli undang-undang.

Tetapi, sebaliknya, beliau telah membicarakan perubahan kepimpinan yang mesti dilakukan oleh PAS secara drastik. Apakah kepimpinan PAS patut bertukar secara drastik selepas kekalahan di Bagan Pinang? Sedangkan Pas berjaya mengekalkan kemenangan dalam PRK Bukit Gantang, Manik Urai, Pengkalan Pasir dan merampas kerusi BN di Parlimen Kuala Terengganu. Dalam semua PRK tersebut, kepimpinan PAS adalah kepimpinan yang sama dengan PRK N.31 Bagan Pinang. Umum juga mengetahui penyertaan Pas di Bagan Pinang disedari sukar untuk dimenangi atau sebagai “underdog” sebagaimana dikatakan oleh Pengarah PRK N.31 Bagan Pinang, YB Salahudin Ayub.

Prof. Dr Aziz Bari telah berhujah secara tidak professional. Perlu difahami bahawa kepimpinan PAS adalah sebuah kepimpinan berjemaah, dan bukan hanya kepimpinan individu seperti yang disebut oleh beliau. Kepimpinan PAS adalah Kepimpinan Ulamak yang memikul tanggungjawab daripada amanah Allah S.W.T dan RasulNya, Muhammad S.A.W.

Pemimpin-pemimpin PAS bertindak berdasarkan keputusan-keputusan yang diambil di pelbagai peringkat selaras dengan prinsip Syura yang dipakainya. Prof. Dr Aziz Bari hanya melihat PAS sebuah parti politik. Sedangkan PAS adalah sebuah gerakan Islam yang bertanggungjawab dalam menguruskan semua polisi dan kegiatannya di bawah dasar kepimpinannya secara berjemaah.

IKPNT mengharapkan Prof. Dr Aziz Bari meneliti dengan tepat keputusan-keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat di dalam isu-isu yang berkaitan dengan kritikan beliau. Janganlah hanya menjeling kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dan mengatakan bahawa ini betul dan ini tidak betul sedangkan beliau sendiri tidak mendapat penjelasan rasmi daripada pihak yang berautoriti dalam PAS. Inilah yang sepatutnya beliau lakukan sebagai seorang yang arif dalam bidang undang-undang.

Kenapa beliau telah membuat satu persepsi yang tidak adil terhadap kepimpinan PAS dengan membahagikan kepada dua blok: pro-UMNO dan tidak pro-UMNO? Isu ini sepatutnya tidak timbul lagi kerana telah diberikan penjelasan mengenainya oleh pemimpin-pemimpin PAS. Adalah lebih bijaksana sekiranya komentar yang dibuat berlandaskan etika profesionalisme serta kefahaman yang benar terhadap PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Pemimpin-pemimpin PAS daripada dulu sehingga sekarang telah berjaya membuat perubahan politik dalam Negara, bahkan telah terbukti di kalangan pemimpin-pemimpin utamanya memainkan peranan di peringkat antarabangsa dalam memartabatkan Islam dan membela umat sejagat. Kenapa Prof. Dr Aziz Bari membuat penghakiman yang begitu mudah terhadap kepimpinan PAS?

IKPNT percaya kepimpinan PAS bersikap terbuka untuk menerima teguran. Walaupun begitu, kita sepatutnya berhati-hati (hazar) agar tidak terperangkap dengan agenda musuh melemahkan Islam.

Selasa, 20 Oktober 2009.
Kuala Terengganu.

____________________________________________________________________
Apasal deme marah benar dengan pimpinan PAS ni???? yang jadi pengarah Salehuddin...orang kuatnya DR Zul.... paling banyak kempennya Khalid Samad.... yang salahnya Presiden...
Bile plak Dr Aziz jadi hakim dalam PAS...ada puak pro umNo dan bukan... Jangan sampai hormat orang pada awak hilang. Patutnya gelaran Prof tu menjadikan kita bercakap dengan fakta...bukan dengar apa orang kata...awak tu bukan blogger.... ada turun tengok kempen ke??? atau baca atas kertas je???
Harap orang PAS matang menilai...

12 ulasan:

Anti-UG berkata...

Geng UG dah panas hati. maklumlah cendekiawan dan para ilmuwan dah nampak tembelang mereka.

Sudahlah geng UG. Dulu time prof kritik UMNO pakat2 sokong. Bila prof tegur PAS, nak marak2 pula.

Denial syndrome betul la geng UG nie..nyampah aku..

Tanpa Nama berkata...

Orang melihat apa yang berlaku di selangor tulah antara sebabnya.Menang memanglah sukar;tapi taklah sampai teruk sangat mcm tu.PAS kenalah belajar terima kenyataan bahawa undi merosot kerana PAS buat hal kat Selangor tu

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

PAS takkan gadai prinsip perjuangan demi kemenangan. Siapa yang memilih jalan untuk melenturkan perjuangan demi kuasa ...tentunya masih ingat apa yang berlaku kepada DSAi MASA ikut umNO dulu.Mereka boleh pilih PKR atau DAP.Kita masih boleh bersama selagi Prinsip PAS tidak digadai.

.

lempentalam berkata...

Siapa sokong UG angkat tangan

adf55650 berkata...

Jika hendak memimpin, kenela hati terbuka sikit. Apabila orang bagi pandangan fikirlah dulu, munkin ada kebenaran yang kita terlepas pandang. Tidak ada manusia yg sempurna kecuali para Anbia.
Pimpinan yang tidak boleh dikeritik itu dipanggil DIKTATOR.

Tanpa Nama berkata...

pimpinan yang tidak boleh dikritik lebih tepat dipanggil 'bodoh sombong'

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Indahnya jamaah Islam.Berakhlak dalam mengkritik...

Tanpa Nama berkata...

boleh rujuk komen ust tuan ibrahim (tuanibrahim.blogspot.com)

Tanpa Nama berkata...

Orang Pas perlu matang meraikan perbezaan pandangan. Jgn masa prof Aziz beri pandangan pro pas, kita beri pujian melambung.
Pas perlu bersedia menerima kritikan untuk memimpin perubahan. Buangkan sikap prasangka yang melampau yang hanya akan menjauhkan orang ramai menyokong Pas.

Tanpa Nama berkata...

Pas Terengganu mula marah-marah dan terasa hati, tapi falsafah puak nie adalah rela kalah asalkan islam tidak kalah. falsafah siapa yang reka tak tahu laaa tapi falsafah yang dibuat untuk tutup kelemahan sendiri. Serupalaa kita tidak gadai prinsip perjuangan utk menang. Siapa suruh kau gadaikan prinsip islam? siapa suruh kau buat sampai islam kalah? Pas tegakkan islam kalau pas asyik kalah pada umno jawabnya islam itu asyik kalah. Pahang dok?
Prof Aziz kritik sikit mula melenting, denial syndrom laa pulak, dah sebijik macam umno. bukan sebijik 10 bijik kot. patutnya tengok dan muhasabah. Hormatlah pandangan dia spt mana kita minta Umno hormatkan pandangan dia masa dia kritik Umno. Mana yang xbetul kita betulkan laa, dia kritik dengan sopan kita balas kritikan pun dengan sopan. (rujuk tulisan Hanifa Maiden) itu baru betul pemimpin Islam.
Tengok balik rentetan peristiwa dari kes UG sapa mulakan? apa tindakan TGHH? Siapa tutup? siapa buka balik? Isu arak di selangor isu selcat siapa yang jadi dalang? satu lagi, pasal isu arak isu selcat bukan arak jadi masalahnya atau tindakan selcat betul atau tak tapi tindakan PJ Pas selangor tu, kau tu exco x setujubawa dalam mesyuarat exco laa, nie suka sgt berdepan dengan media. terus rosak jemaah, pengundi keliru penyokong huru hara. memang bangsat (guna ayat Aduka Taruna)

Saya harap pengkomen jangan jadi penakut sangat. Blog saya taktapis komen..Tolong tulis nama ..berani kerana benar!!!

Syaitan mana yang blok kan PAS Trengganu Kelantan ni??? Haram assobiyah dalam PAS kalau ada pandangan ini sah kome ni bukan dari jamaah Islam!!!