Ahad, 25 Oktober 2009

SIAPA DOKTOR???? TOLONG JAWAB

Seorang pesakit dilihat memegang kepala.... pastinya sakit kepala. Doktor membiarkannya.... kerana sedang merawat pesakit lain...seorang driver ambulan yang sememangnya pemandu pakar ...tercatat di dadanya... pemandu pakar, lantas menjerit... barah otak! barah otak! barah otak... Orang menyangka ia mungkin pakar perubatan...rupanya ia hanya pemandu .
pakar

Seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang pakar bedah otak lantas menalifon memberitahu keadaan pesakit tadi yang di dakwa pemandu pakar kena barah otak... Pakar bedah lantas mencadangkan agar pesakit barah otak itu di bedah... arahan melalui telefon dari pakar bedah tadi menyebabkan keadan kelamkabut....

Paling mengejutkan ...pasakit tadi turut panik,.... orang ramai semakin kalut.... bedah!!...bedah...!! jerit pesakit lain dan keluarga pesakit yang turut berada di tempat kejadian... Doktor bertugas di hospital berkenaan kebingungan....

Jika anda doktor bertugas ketika itu... tersebut apa tindakan anda??

01. Segera siapkan bilik bedah.
02. Segera bedah.
03. Periksa pesakit....
04. bawa lari pesakit ...

6 ulasan:

Nangkubai berkata...

Gua akan "Bedah" Pemandu Doktor Pakar tu ustaz..

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa perbanding Ustaz tidak tepat.
Yang menjadi masalah sekarangnya adalah kita tidak bersedia mengetahui apa penyakit yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Sakit kepada adalah symptom penyakit. Apa penyakitnya? EGM adalah untuk berbincang apakah penyakit tersebut. Itu dinamakan dalam istilah perubatan sebagai diagnosis. Bodoh sangat doktor tu kalau tak tahu kemungkinan diagnosis lantas mahu membedah kepala pesakit tersebut. Tetapi keadaan ini mungkin berlaku apabila kita cuba mengelak daripada mengetahui diagnosis yang sebenar.
Itulah hakikat yang dihadapi oleh PAS sekarang ini. Mereka cuba mengelak daripada mengetahui diagnosis. Katakan benarlah pesakit itu menghadapi barah otak, pesakit itu akan terus menyalahkan orang lain kerana kesakitan yang dihadapinya.
Ini Doktor Menulis.

lempentalam berkata...

Sapa doktor...DR Hassan Ali .

Xenan berkata...

bro
mohon dpt bersama dlm kempen Mari Berdoa Untuk perubahan PAS.Harap dpt up kan logo di widget tanda sokongan

Boleh ambik code disini

http://xenanhu.blogspot.com/2009/10/berdoa-utk-perubahan-pas.html

anak muallaf berkata...

Salam,
Setiap penyakit ada ubatnya...Dose ubat itu hendaklah diberikan selepas mendapat diagnosis yang tepat dari pakar..
Over dose akan lebih parah..Kita ada majlis syura..dimana kita campakkan wala'...dan kita jangan mudah melatah dengan mainan media...

MTD N19 berkata...

Kena tanya Dr Khir Toyo