Ahad, 25 Oktober 2009

SIDANG 28 OKT- SEGALANYA BOLEH TERJADI!

Apa sebenar yang dirancang oleh Zamri dengan restu Najib serta kerja jahat yang akan dilaksanakan oleh Dato SUK perak hanya akan diketahui pada 28 Oktober ini. Maklumat didedahkan DS Nizar amat memeranjatkan. Ia bukan rumos tetapi maklumat dalaman yang didedahkan. Jika benar...Perak di ancam kemusnahan besar... Institusi raja akan turut dipersalahkan!

Umum mengetahu bahawa bajet Perak pada 28 Oktober yang dirancang Zamry akan menjadi bajet pilihanraya. Tidak mustahil kakitangan Perak akan mendapat Bonus- sesuatu yang menyanggahi pusat yang tak de bonus tahun ini. Beberapa ADUN BN telah berkokok bahawa belanjawan ini adalah belanjawan rakyat. Jika gagal dibentangkan...PR akan menjadi penyebab nikmat yang akan dilimpahkan kerajaan Haram BN terhalang.

Sebenarnya tiada apa lagi yang mustahil akan berlaku di Perak gara gara ingin mengekalkan kuasa. Kepimpinan Najib dilihat menghalalkan apa sahaja demi mengekalkan kuasa. Apa ditakutkan selagi polis dan tentera adalah "kakitangan kerajaan BN". Kalau speaker boleh dihumban dari kerusinya dan dikurung seperti pesalah di dalam rumahnya...maka tiada apa lagi yang mustahil. Peristiwa rampasan kerusi speaker di Perak dalam sidang lalu adalah peristiwa "rompakan di DUN Perak". Perompak akan melakukan apa sahaja demi mencapai tujuannya. Apatah lagi polis berkawal dan membantu mereka.

Pengalaman sidang lalu tentunya menjadikan semua jentera BN bermula ADUN, Polis upahan dan bentara samseng yang telah diupah akan bersiap sedia sepenuhnya. ADUN PR mesti memastikan semua yang berada di DUN Perak adalah orang yang benar benar kakitangan kerajaan yang sah dan mereka yang layak berada di dewan. PR mesti menyediakan semua jentera kekuatannya bermula peguam dan kakitangan keselamatan dalam keadan siap sedia.

ADUN PR mestimemastikan hubungan mereka dengan orang orang diluar dewan tidak putus. Jika mereka di halang dari membawa alat yang menghubungkan mereka dengan orang luar ...mereka mesti mengambil sikp menunggu hingga mereka di benarkan mempunyai hubungan dengan dulia luar dewan. Telah dipastikan, ADUN tidak dibenarkan membawa pengawal keselamatan walaupun Jabatan Amal Perak telah bersedia dengan tugas tersebut....

INGAT! Sidang kali ini adalah sidang strategi. Ia mungkin menjadi sidang yng serba kemungkinan boleh jadi jika strategi yang di rancang tak menjadi... BN menguasai media yang membolehkan mereka memutar fikiran masyarkt mengikut kemahun mereka. Video suntingan sidang DUN lalu masih digunakan untuk menunjukkan " kejahatan " ADUN PR.

Semoga kita bersama berdoa semoga segala rancangan jahat mereka kembali kepada mereka...Allah jua yang maha berkuasa!

2 ulasan:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Aik, beruk2 PR tu kata persidangan dewan negeri kali ini adalah haram. Kenapa Nijar da Mangkey dan geng nak hadiri persidangan kali ini???
Bukan ke persidangan dewan negeri yang sah (bagi PR la...) hanya dibawah pokok demokrasi atau hotel Heritage sahaja.

Cakap tak serupa bikin. Anak Sengat kemaruk nak dapat title dato' pula. Hahahahahaha.....

Semakin hari, semakin terserlah
PAS 4 all = Israel 4 all = Piss 2 all

Tanpa Nama berkata...

Aik, beruk2 UMNO...PR hadir bukan atas sebab speaker ganesan haram tu panggil PR hadir sebab atas panggilan sivakumar..jangan ler jadi bodo sekolah tinggi tapi fikir masih macam berok makyer...klau tak hadir pun PR peduli apa hangpa nak bentang bajet ka...bentang apa ker..hangpa punya pasai ler...apa ingat UMNO ni bagiuh sangat ka... apa UMNO nak perintah sampai kiamat ker?....hahahhaha...