Robin Hood adalah wira lagenda masyarakat tertindas. Kononnya Robin Hood merompak harta kerajaan untuk dibahagikan kepada rakyat yang ter inaya. Begitulah popularnya Robin Hood. Perbuatannya tetap salah namun ianya mengembalikan hak kepada yang berhak, mengikut hukumnyha sendiri. Namun dalam Islam matlamat tetap tidak menghalalkan cara.
Tan Sri Mohd Isa Samad telah menjalani hukuman berat di atas kesalahannya dalam parti dan dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang kerana beliau mampu memenangi kerusi itu serta popular di kalangan masyarakat kawasan itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Botak Chin pernah popular mata rakyat Malaysia . Beliau popular kerana kehebatannya menjalankan jenayah. Ia dibenci oleh orang yang baik, namun bagi perompak dan pencuri, Botak Chin ialah wira mereka khususnya bagi penjenayah berbangsa cina.
Buntong Kali juga popular di Malaysia kerana jenayahnya. Buntung kali begitu hebat melepaskan diri setiap kali di buru polis. Bagi masyarakat yang inginkan keselamatan Buntong kali adalah penjenayah namun buntong kali adalah wira perompak dan penjenayah khususnya bagi penjenayah India.
Begitu juga Mat Komando. Beliau dikatakan ada kuasa kebal. Polis bersusah payah memburunya mat komando. Di kepung di Pahang, tiba tiba muncul di Kedah. Mat komando ditakuti oleh orang awam namun ia tetap di sanjung penjenayah khususnya bangsa melayu.
Isa Samad dikatakan pilihan rakyat dan pengundi Bagan Pinang. Walaupun pada awalnya pimpinan umNo menolak Isa termasuk bekas insan agong umNo- Tun Mahathir, namun Isa akhirnya dicalonkan juga. Isa disabitkan dengan rasuah. berbagai isu timbul di zaman Isa menjadi Menteri Besar hingga ia di bawa ke pusat dan di anugerahkan Jawatan menteri yang bertujuan mematikan karier politiknya.
Isa dikatakan telah menjalani hukuman. Asas pemilihan Isa ialah kerana popular. sesuatu yang amat dikehendaki oleh demokrasi. Persoalannya popular Isa adakah kerana kebaikannnya atau kerana jenayah yang dilakukannya? Jika itulah asas pemilihan calon oleh umNO maka, kalau Mona Fendi bertanding di Pahang setelah menjalani hukuman , tentunya Mona akan dipilih. Sayangnya mona dijatuhkan hukuman gantung!
umNo melihat kepopularann seseorang bukan moral dan akhlaknya. Inilah ukuran pemimpin bagi umNO. Ia bukti jelas bahawa umNOialah parti Pragmatis yang hanya memikirkan popular dan sanggupmelakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa. Sebab itu umNo rela membiarkan anak muda hancur masa depan mereka hanya kerana ingin mengekalkan kuasa. Konsert adalah antara kaedahnya.
Adalah sesuatu yang amat malang jika kompenan Pakatan Rakyat belajar sebahagian budaya umNo ini. Konsert dibiarkan atas alasan kehendak anak muda...,itu budaya pemikiran umNO! Jika undi menjadi matlamat tanpa mengambil kira tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat iaitu mendidik mereka... itulah BUDAYA umNO YANG TIDAK WAJAR DITIRU PAKATAN RAKYAT!
Kita nantikan hukuman pengundi Bagan Pinang yang saya yakini akan bersama orang yang berseh dan dilihat berseh. Di dalam Islam...seseorang yang bertaubat tetap dinilai baik jika benar ia bertaubat. Namun jika dibandingkan dnegan orang yang tidak melakukan dosa, tentunya orang yang tidak melakukan dosa lebih baik..
Cuma ada satu kisah yang pernah saya baca tentang ulama Yahudi yang diganggu syaitan Siputeh.. kononnya syaitan itu menyamar jdi baik. Bila ditanya kenapa ia tidak makan dan tidur...jawap syitan..KALAU KAMU MAHU JADI BAIK MACAM AKU..KAMU KENA MELAKUKAN DOSA DAHULU, JADI KAMU AKAN MENYESAL HINGGA TAK TIDUR DAN MAKAN ... akhirnya abid tadi mengikut nasihat syaitan...dia memilih dosa untuk menjadi baik, namun akhirnya dia tertipu dan mati dalam kekufuran....
Mungkin taubat Isa lebih bermakna dan bernilai dari orang yang tak melakukan dosa sepertinya... pengundi Bagan Pinang akan menghakiminya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan