Jumaat, 30 Oktober 2009

TGNA PUAS HATI KEPUTUSAN MESYUARAT


Tuan Guru Mursyidul Am PAS puas hati dengan perjalanan mesyuarat dan keputusan yang dibuat oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas malam semalam. Beliau menjawab soalan wartawan dalam satu majlis di Bachok pagi tadi. Beliau menyatakan juga walaupun cadangan beliau supaya diadakan EGM, namun beliau tetap berpuas hati dengan Seminar Khas yang akan diadakan 7 November ini sebagai ganti EGM, beliau juga menyarankan dalam mesyuarat supaya Prof. Dr Abdul Aziz Bari turut dijemput membentangkan kertas kerja dalam seminar tersebut.

Beliau menjelaskan ringkas, dalam mesyuarat tersebut semua pihak berlapang dada dengan menerima teguran, beliau juga menerima teguran, Dr. Hasan Ali juga diberi teguran, semua pimpinan lain juga menerima teguran.

Dengan jawapan ini, semua tohmahan yang mengatakan Tok Guru tidak puas hati dengan mesyuarat adalah tidak benar, beliau pulang awal sebelum habis mesyuarat kerana faktor kesihatan.

3 ulasan:

Yanaam berkata...

Tok guru puas hati. Masalahnya yang tak hadir mesyuarat yang masih tak puas hati.

Macam juga isu UG. PAS dah tutup kes. Masalahnya kes tu belum tutup dalam blog. Dan lagu itu akan terus diulang-ulang, diungkit-ungkit.

J/K Disiplin belum mula siasatan lagi, tapi blogger dah tulis macam-macam. Ramalan keputusan dah ada di internet. Kalau lantik blogger tu jadi pengerusi J/K disiplin pun, semua orang boleh ramal keputusannya.

abgBro berkata...

tu ler masalah nye skrg ni...mghadapi golongan yg tak puas ati...TGNA dah puas ati tp msh lg ade yg nk ungkit2...hmmmm

p/s tuan mintak ijin nk copy n3 ni ye...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

coppy yob..blog saya ni milik awam...semua untuk islam dan perjuangan Islam...