Sabtu, 21 November 2009

ADIL DI SISI umNO.

Penangkapan enam ahli pemuda umNO berkaitan rasuah didakwa sebagai adil oleh menteri besar Johor, Abd Ghani Othman. Mudah sangat bagi umNO mengukur erti adil....

JOHOR BAHRU: Penahanan enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi semalam membuktikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas mereka, kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata tindakan itu sekali gus bercanggah dengan dakwaan sesetengah pihak terutama parti pembangkang yang mendakwa SPRM lebih memihak kepada parti pemerintah.

"Saya percaya SPRM tidak memihak mana-mana orang, sesiapa yang didapati terlibat dengan amalan rasuah akan diambil tindakan sama ada daripada pembangkang ataupun parti kerajaan," katanya selepas merasmikan pembukaan Hospital Pakar Regency di Seri Alam, Masai di sini hari ini.

Sebenarnya apa yang dituntut ialah siasatan terhadap ribuan aduan salah laku pemimpin umNO. Tangkapan enam pemuda umNO itu mungkin satu siri kambing hitam atau ingatan agar setia buat mereka. Ia juga sebahagian tanda umNO hanya menyelamatkan pemimpinnya... apa pun nasible...kalau jadi balaci umNO... seperti yang acap kali diingatkan" bilsi adalah sasaran sedangkan jerung lepas bebas...

2 ulasan:

azman kamarul berkata...

Dalam seribu tangkapan oleh SPRM adalah sekor dua anak bilis dalam UMNO kena tangkap itupun kerana terdesak sangatlah tu.

Kredibiliti SPRM ni bukan merudum lagi dah tetapi menjunam macam helikopter nuri yang kerap terhempas dengan tiba-tiba tu.

Ketua SPRM la ni sepatutnya direhatkan saja nampak macam orang tua nyanyuk buat kerja...agaknya nyanyuk saja buat...kata arwah ustaz Fadhil Nor...BUKAN NYANYUK SEBAB ORANG NYANYUK MAIN TAIKKK TAPI YANG NI DAH DUK MAIN KEPALA RAKYAT MALAYSIA DAH...

Dah tak nampak lagi SPRM ni buat kerja untuk kebaikan negara tetapi seolah-olah nak buat kerja pada orang tertentu saja gayanya...makin ditegur makin pekak badak...tetapi perangainya makin menjadi-jadi....

Kita kena pikir-pikirkanlah...apa akan jadi negara ni nanti....

Unknown berkata...

Setuju sangat dengan pendapat tan Loo Ley tu....

Pegawai SPRM kan terikat dengan perintah am kakitangan awam... Siapa yg bayar gaji kat kakitangan awam? kan kerajaan najib jadi tak heranlah jika anggota SPRM tu `takut-takut` dlm menjalankan tugasnyer...

Kat dunia hangpa semua boleh lepaslah tapi kat akhirat nanti hangpa tau... jangan butakan mata dan hati ok....