Selasa, 24 November 2009

MELANGGAR ATAU MENGELAK FITNAH???

Sememangnya fitnah sangat merbahaya. Ia datang tiba tiba. Boleh membunuh bergenerasi lamanya. Lebih menyedihkan ia akan menghancurkan peluang yang semakin hampir di genggaman. Lantaran itu api fitnah mesti dipadamkan. Fitnah lahir dari hasad yang menjadi penyakit disebut Allah swt dalam surah al Falaq.

Dalam kisah melayu terlalu banyak punca hasad yang melahirkan fitnah yang memberi kesan bergenerasi lamanya. Kisah Hang Tuah difitnah , Kisah Mahsuri jua kerana fitnah malah kehancuran beberapa kerajaan melayu susulan dari merebaknya fitnah.

Dalam sejarah Islam, terlalu banyak fitnah tersebar. Paling menyakitkan fitnah yang menimpa keluarga Rasulullah sendiri. Saidatina Aisyah menerima kesan sangat mendalam sebelum dibersihkan Allah atas tuduhan melakukan perlakuan sumbang dengan sahabat nabi safwan. Rasulullah dikisahkan sangat tertekan dengan fitnah yang menimpa keluarga baginda. Namun kasih sayang Allah mendedahkan siapa munafiq yang menyebarkannya. Bermula dari peristiwa itu jua turunnya hukum bagi mereka yang menuduh wanita solehah melakukan zina dengan lapan puluh sebatan.

Sejarah perjuangan PAS jua kerap kali dilanda fitnah kerana demikianlah sunnah yang ditinggalkan Rasulullah SAW. Paling akhir melanda kerajaan kelantan khususnya batang tubuh TG Nik Aziz sendiri. Bermula dengan berita penajaan ke Mekah hinggalah ke kisah menantunya Arif Fahmi. Memang Ulama sering kali menjejaki langkah para nabi. Mereka merenung dengan penuh perhatian dan keinsafan. Rasulullah menyeru agar fitnah itu segera dipadamkan.

Dalam suatu peristiwa rasulullah bertemu salah seorang isterinya di luar masjid lalu dilihat sahabat. Dua sahabat tadi segera melajukan langkah mereka Baginda memanggil sahabatnya dan memperkenalkan isterinya. Jawab sahabat' kami tidak bersangka buruk dengan mu ya Rasulullah. Baginda menegaskan bahawa fitnah boleh datang kemudian. Demikaianlah contoh baginda memadamkan fitnah.

TGNA segera mengambil langkah memadamkan fitnah dengan membatalkan keberangkatan ke Mekah sekalipun semua telah disediakan. Fitnah yang cuba dihidupkan itu tiba tiba mati dan mungkin takkan timbul lagi. demikianlah tangkasnya fitnah dipadamkan. Kini TGNA dilanda tuduhan kepada menantunya pula. Walaupun di peringkat awal TGNA seakan memberi semangat agar fitnah itu dilawan, namun dengan nasih pimpinan PAS lain TGNA segera mematikan fitnah. Sekali lagi ia padam belum sempat memakan korbannya.

Apa yang tinggal hanyalah umNO dan pelakon mereka selamanya...semuanya menggigit jari lantaran terlalu kecewa dengan fitnah yang padam tiba tiba...

Tiada ulasan: