Isnin, 2 November 2009

SEMUA NAK JADI WONDER PETS!

Ketika cerita jambatan runtuh di Kuala Dipang, bermacam cerita heboh. Dari mulut yang hadir sampailah blogger yang tak hadir. Sepanjang berada di sana saya mendengar berbagai cerita yang menyakitkan telinga malah ada juga menggelikan telinga...Tak kurang fitnah dan sumpah seranah..

Tak cukup dengan itu, lepas semua mayat ditemui... ada plak cerita belakang tabir termasuk cerita ayah mangsa yang mati kerana terlalu kecewa.... paling sedih..ianya tersiar juga dalam Harakah daily...

Sebelum itu heboh pasal Datuk IsmailKamus yang dikatakan meninggal dunia... Di Perak sendiri saya mendapat maklumat ada surau malah masjid yang dah pun baca surah Alfatihah... yang menganjurkannya pulak ustaz yang nak mulakan kuliah... kononnya mendapat sms dari sumber yang pasti... akhirnya terpaksalah Datuk Ismail Kamus menafikannya dari Mekah...

Sebelum ini juga pernah di beritakan seorang juruhebah radio yang diambil tindakan kerana menyiarkan berita kemangkatan YDP Agong sedangkan baginda hanya dilaporkan dalam keadaan kritikal....

Semua di atas adalah gambaran tentang budaya sebahagian masyarakat Malaysia. Kita boleh menerima jika ianya hanya sekadar cerita sampingan atau ranting yang tidak menyebabkan hukuman ke atas sesuatu pihak .. Bagaimana jika ianya melibatkan hukuman dan tindakan...fitnah yang menjalar kemudiannya...apatah lagi dalam alam maya atau media baru seperti blog hari ini?? Tidakkah kita terkesan dengan apa yang diperingatkan oleh Allah dalam surah Hujurat? " Wahai orang beriman..jika datang kepada mu orang fasiq membawa berita..hendaklah kamu kaji terlebih dahulu. Ditakuti kamu akan menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil lalu kamu menyesal atas apa yang kamu lakukan " Al hujurat -6.
Dunia maya penuh dengan berita yang tak pasti. Dunia islam sendiri terdedah kepada fitnah..apatah lagi kepada sebuah gerakan Islam. Persepsi adalah punca segalanya.... Seperti pisau, jika diberikan kepada orang baik, maka baiklah jadinya...jika di beri kepada penjenayah..buruklah akibatnya. Sebab itu tidak semua orang boleh memilikinya... Jangan lah kerana itu maka disebarkan pelbagai prasangka dan fitnah kerana tidak memilikinya...konon pisau itu pisau curi... pisau itu karat... ada racun dan sebagainya.... cukuplah kita meyakini pisau itu apabila diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya..... atau kita meragui polis????

Membaca tulisan Tuan Ibrahim Tuan Man...ternyata banyak benarnya...masalah kita hari ini kerana terlalu ramai yang menyangka ia perlu tahu semua perkara dan ingin menjadi semua orang sedangkan ia gagal menjadi dan menjelmakan dirinya sendiri. Orang ini akan digelar orang yang sedang bermutasi atau berilusi barangkali.

Bila melihat cerita Ultraman..dia rasa dialah ultraman, bila tengok cerita Hang Tuah.. rasanya macam dialah hang tuah, tengok Rambo..macam dia plak rambo... malah tengokWonder Pet pun terasa dia adalah anggota Wonder pet ... sedangkan ketika itu ia berada di depan TV dengan secawan kopi dan sebungkus kuaci.... kadang kadang solat pun terabai j
kerana teruja dengan apa yang dilihatnya.


Bila cerita EGM, masing masing dengan persepsi masing masing.. Bila mesyuarat JK PAS buat keputusan tersebarnya berita angin yang entah dari mana...ramai pula pengulasnya sedangkan dia sendiri tak tahu dari mana sumber itu didapati??? ah resahnya dunia maya jika itulah jenis penulis dan pengulas sedangkan dia adalah ahli gerakan Islam!! malang ..sangat , malang apa yang terjadi... malang kepadapemimpin yang memiliki ahli sebegini.... di suruh hadir program jamaah.. bermacam alasan diberi.... bila dapat cerita diulas sesuka hati.... atau lebih tepat sesuka nafsu!

marilah kita bermuhasabah diri!

1 ulasan:

anakmuaallaf berkata...

Salam Dato'
Kak Leha setuju dengan dato'.Dulu-dulu fitnah tersebar bermula dari cari kutu atas veranda..hisap rokok daun tepi batas bendang, kemudian bawa ke rewang majlis kahwin..kedai kopi.Sekarang melalui internet dan media cetak.
Kadang-kadang kedalam surau dan masjid..
Kita nak berblog jangan cepat melatah..Kadang-kadang fitnah kita akan dipanjamhkan lagi apabila ada sahabat yang copy n paste..