Rabu, 4 November 2009

umNO PEROSAK MARUAH NEGARA

IPOH 4 November : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari
ini sekali lagi menggesa agar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional Perak
hentikan penipuan terhadap rakyat dan jangan sesekali menzalimi rakyat
Perak. Beliau mengatakan, natijah daripada tindakan gelojoh UMNO dan
Barisan Nasional merampas kerajaan Perak dengan membelakangkan
undang-undang dan perlembagaan Perak, Malaysia kini dilihat semakin
lemah di mata dunia. Perkara ini akan menyukarkan Negara Malaysia
berhadapan dengan globalisasi dunia .

Menurut beliau lagi Dalam usaha kita menjalin hubungan dengan negara
luar, sudah tentu Malaysia akan dilihat sebagai negara yang
terkebelakang berbanding negara lain, akibat krisis pelanggaran
demokrasi di Negeri Perak ini.

Katanya lagi, perkara ini adalah disebabkan oleh ketiadaan
pengasingan kuasa akibat daripada pelanggaran kuasa yang telah dibuat
oleh Barisan Nasional. Menurut Perlembagaan Persekutuan, ketiga-tiga
badan iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran
(eksekutif) dan badan kehakiman (judiciary) adalah 3 badan yang
berasingan yang tidak boleh dicampuri apalagi dirosakkan, perkara ini
sangat penting bagi mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana badan.

Memetik ucapan beliau ”Akan tetapi, apa yang menjadi masalah kini,
UMNO/BN adalah pencetus dan penggerak dalam merosakkan keharmornian
ketiga-tiga badan ini di Negeri Perak ” ”Selain daripada itu, tindakan
UMNO mengenepikan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak juga
merupakan satu lagi pencabulan undang-undang oleh UMNO dan Barisan
Nasional di Negeri ini ”.
Menurut beliau lagi akibat tindakan UMNO/BN ini, krisis Perak ini
telah mengundang pemerhati politik dari seluruh dunia untuk
memerhatikan politik kotor UMNO/ BN di Perak ini.

Natijahnya, politik Perak bukan dilihat sebagai rujukan yang baik
untuk dicontohi akan tetapi, rujukan bagaimana sebuah sistem demokrasi
boleh diruntuhkan oleh kuasa autokrasi perakar ini terbukti dalam
perancangan rampasan kuasa kerajaan negeri oleh UMNO/BN di Perak ini.
Jelas beliau.

Tiada ulasan: