Ahad, 6 Disember 2009

APA RAHSIA DI SEBALIKNYA???

Kenapa tak jadi panjat pokok tu??? Tadi bersungguh sangat nak panjat???? Apa jawapan anda??? Pokok itu ada kerengga?? Ada semut?? Dahan nak patah?? Reput?? Tak ada buah atau... atau... atau...Dah tak larat???..... Kalau tak larat awat tak habaq mai awai awai?????

Itu persoalan yang tiba tiba muncul bila Mat Said tak nak teruskan tugas sebagai Pengerusi SPRM. Apakah Said memang dah tak larat??? kenapa terima dari awal??? Bukankah penyambungan kontrak beliau ditentang banyak pihak terutama berkaitan kegagalan beliau menangani dan membersihkan imej SPRM??

Sebab nya hanya ada dalam kepala Said...namun sebagai pengerusi badan utama yang diberi perhatian terutama selepas kes Teoh tentunya rakyat mempunyai alasan untuk meneka... Dan tekaan itu tentu berkisar tentang kegagalan... tekanan... atau kebimbangan ada rahsia yang akan membusukkan seluruh SPRM yang sememangnya telah lama busuk...

Telah menjadi pekasam kerajaan...apabila seorang pemimpin bermasalah...samada beliau akan direhatkan ke jawatan lain atau dihantar ke luar negeri atau diminta berundur secara terhormat... Kes Rahim Nor... Muhamad Taib... Rahim Thamby..dan senarai panjang lain yang masih berjela dalam fikiran rakyat Malaysia... Apapun penafian Najib tentunya bukan jawapan yang benar apatah lagi Najib memang pemimpin yang Langsung tak boleh dipercayaiiiii

Tiada ulasan: