Jumaat, 4 Disember 2009

BILA MAHATHIR BERSUARA.


Mungkin akhir akhir ini waktu mengukuhkan parti masing masing. MCA dengan kemelut yang sangat berpanjangan dan terlalu kritikal. umNO tenang dalam gelombang gara gara sekatan dalaman dan kepuraan yang dimiliki ahli dan pimpinan parti itu. PKR sedang mengalami proses pembersihan . PAS dengan kemelut keraguan dari isu yang ditiupkan.

Semua isu mungkin dapat diselesaikan jika masing masing meneliti nasihat orang tua yang sekian lama bertahta di kerusi PM Malaysia. Sepanjang menjadi presiden umNO beliau berjaya mengawal umNO namun dua kali umNO meletup dan berkecai. Mahathir tahu sangat azab perpecahan. Kewujudan semangat 46 hasilkekecewaan kumpulan Ku Li menghanyutkan Kelantan sehingga ke saat ini. Luka itu masih tak pulih walau Ku Li dan pengikutnya telah kembali.

Peristiwa DSAI menghanyutkan Trengganu walau berjaya dikembalikan apabila SPR berjaya diperkudakan hingga tertangguhnya waktu mengundi di Selangor. Krisis MIC yang mewujudkan gerakan Makhal Sakhti dan krisis Gerakan memberi sumbangan kemenangan Pakatan Rakyat.

Tun M menyedari pahit dan derita ini... dan nasihat ini di luahkan.. biasanya nasihat orang tua ikhlas kerana tiada kepentingan... entahlah bila nasihat dari mulut orang tua ni.. tapi semua rakyat Malaysia termasuk Pakatan Rakyat boleh meminjamnya....

Itupun kalau mereka tidak pernah mendengarnya dari hadis ataupu Al Quran sejak ribuan tahun dulu...

LANGKAWI, 4 Dis (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan pemimpin MCA yang bertelagah agar meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri dalam menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.

"Kena sayang parti, sayang bangsa, sayang negara, jangan sayang diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan untuknya oleh syarikat Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd di Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) di sini Jumaat.


-- BERNAMA

1 ulasan:

yamangoui berkata...

Salam,disaat ini TGNA memperlihatkan kita,kekuatan fizikalnya,tidak getar berhadapan dengan 200 budak2 nakal,"Ini satu mesej jelas"

Tapi malang sungguh2 juak2 umno,mendapat mesej dari Mahadhir "umno tenat busuk hingga ke usus"apa sudah jadi?elok laa...yg dok atas pagar untuk buat pemilihan pilihanraya 13!!!