Setelah Israel membina negara pada tahun 1948 hasil rampasan tanah orang arab , maka terbinalah kerajaan haram di semenanjung tanah Arab. Bagi orang arab luka itu tidak akan sembuh hinggalah kembalinya tanah Falastin kepada mereka. Bagi umat Islam pula rampasan kuasa di bumi Falastin tiada akhirnya melainkan setelah tanah itu dikembalikan.
Itulah hak yang dipersetujui semua pihak kecuali Israel yang merampas kuasa dan tanah milik umat Islam dan bangsa arab Falastin tersebut. Hanya Israel dan pengyokongnya terdiri dari kuasa besar seperti Amerika sahaja yang menuntut supaya sengketa itu dilupakan. Mereka mahu penduduk Falastin menunmpukan kepada perdamaian dan pembangunan tanah Falastin.
Sampai bila pun Falastin tidak akan aman. Penyelesaiannya hanya satu. KEMBALIKAN KUASA DAN BUMI MILIK FALASTIN. Kewujudan Israel adalah secara Haram. Yang haram selamanya tidak akan halal walau di kosmetikkan dengan segala macam kosmetik. Beberapa kali perdana Menteri Israel menyeru agar keamanan dikembalikan di Falastin. Mereka yang merampas dan setelah rampasan itu berjaya mereka meminta agar tidak diganggu kerajaan HARAM israel.
Perhatikan pula berita di bawah;
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berharap semua pihak yang terbabit dalam krisis perlembagaan di negeri itu melihat untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri daripada berterusan menimbul isu yang sama berulang kali.
Katanya ekonomi negeri perlu distruktur dan dikembalikan semula statusnya yang gemilang satu ketika dahulu daripada berterusan berbahas mengenai isu.
"Ramai rakyat Perak merasa ahli politik tidak perlu lagi membangkitkan isu dan kita mesti melihat dengan bersungguh-sungguh untuk membetulkan perkara yang lepas sekiranya kita mahu membetulkan tanggapan," katanya kepada pelajar Malaysia di United Kingdon semasa perjumpaan di King College London di London hari ini.
"Akhirnya rakyat akan mengadili kita (ahli politik) berdasarkan siapa kita dan apa visi kita. Ia mengenai menjaga rakyat agar rakyat boleh tinggal secara aman. Kita perlu meneruskan pembangunan ekonomi, tidak boleh terlalu banyak politik," katanya.
Kebanyakan soalan yang dikemukakan pelajar kepada Zambry dalam pertemuan itu ialah berkaitan krisis perlembagaan Perak di mana pelajar ingin tahu perkara sebenar yang berlaku pada Februari lalu apabila Barisan Nasional kembali berkuasa dengan majoriti mudah.
Pertukaran kuasa berlaku selepas dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari DAP mengisytiharkan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional, sementara seorang bekas Adun Umno yang menyertai PKR kemudian menyertai semula Umno.
Zambry berkata selepas peristiwa itu, rakyat mula melihat kepada apa yang beliau dan kerajaan negeri yang baru telah lakukan di Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan