Sabtu, 12 Disember 2009

MAI LAWAN DEMO....JADIK???

Nampaknya akhir akhir ini umNo sudah mula melihat demonstrasi adalah sebahagian kaedah menyampaikan hasrat hati. Walaupun sebelum ini mereka melabel peserta demonstrasi dengan berbagai gelaran. Ketua Pemuda umNo sendri, Khairy Jamaludin pernah menggelar sebagai monyet. Kita bukan marah depa demo cuma kesian tak dapat sambutan...lain kali siapkan lah sponsor baju ngan duit poket dan makan barulah ramai tumpang...


Apapun .... selepas ini mari kita lawan demo...biar demo jadi cara luahkan perasaan...jangan ganas ganas sudah...lagi satu jangan provok bawa lembu...Jadik????

BUTTERWORTH, 12 Dis:
Kumpulan yang berhimpun membantah pertikaian Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng berhubung peruntukan dana pembinaan masjid di sini semalam tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh 26 orang.

Mereka dipercayai mewakili tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan dan sebuah parti politik bertindak membuat bantahan di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar.

Mereka sebelum itu bertindak membut pengumuman dengan pembesar suara kepada jemaah yang hadir menunaikan fardhu Jumaat bagaimanapun ia masih gagal menarik penyertaan jemaah.

Tiga NGO itu ialah Pertubuhan Gabungan Suci Asli Malaysia (GSAM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) manakala parti politik yang dimasudkan ialah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor.

Apa yang ingin dibawa oleh pihak penganjur itu tidak mendapat perhatian jemaah yang dilihat tidak berminat menyertai bantahan tersebut kerana rata-rata mereka megetahui perkara sebenar berhubung isu tersebut.

Baru-baru ini timbul kontraversi apabila Nga Kor Meng berucap di parlimen berikutan kegagalankerajaan memberi dana kepada agama lain berbanding 611 buah masjid seluruh negara dalam tempoh tahun 2000 sehingga 2008.

Sehari selepas itu, Nga Kor Meng menafikan kenyataanya bermatlamat menimbulkan ketidak puasan hati masyarakat Islam sebaliknya sekadar merujuk kepada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mempertuntukan RM748.26 juta manakala kepada agama lain sekadar RM9 juta atau 1.2 peratus sahaja.

Tiada ulasan: