Isnin, 21 Disember 2009

DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN BIADAB!

Isu di Kelantan sepatutnya telah sejuk. Namun dipanaskan kembali oleh orang PAS sendiri. Tak cukup dengan saranan Mahfuz agar Ariffahmi segera meletakkan jawatan.. kini dilaporkan Dewan Pemuda PAS Kelantan pula mendesak Ariffahmi. Ariffahmi telah menyatakan persetujuan melepaskan jawatan mac ini berdasarkan peruntukan yang ada sebagai penjawat awam. Ia dilakukan setelah berbincang dengan TGNA atas nasihat PAS Pusat.

TGNA telah membuat ulasan terhadap desakan Mahfuz sebelum ini sebagai membuka ruang kepada umNO untuk berpesta. kini desakan yang serupa datangnya dari Pemuda PAS Kelantan sendiri. Saya tidak tahu apa yang ditakutkan sangat dengan Ariffahmi ni. Setahu saya orang pertama yang mendesak beliau letak jawatan ialah Kickdafela. Apakah kickdafela ada peranan langsung atau tidak langsung dalam hal ini tidak dipastikan.

Saya tidak mengenali Ariffahmi langsung. Namun saya mengenali dan amat menyanjung peribadi TGNA. TGNA di anggap keramat dalam PAS. Kata kata beliau dianggap amanat yang mesti disokong oleh PAS Kelantan khususnya istimewa dalam isu kononnya wujud usaha membawa PAS kepada umNO. TGNA adalah benteng dan hujjah yang dipakai kekadang tanpa memperdulikan hujjah lain dan penjelasan. Namun mengapa dalam isu Ariffahmi ini TGNA seakan tidak dipeduli. YB Zaki sebagai SU Perhubungan yang tentunya bersetuju dengan Pemuda Kelantan kerana mereka adalah didikan Zaki sebelum ini yang mengalahkan NIk Abduh.

YB Zaki menyatakan bahawa desakan itu bukan tekanan kepada TGNA? Betulke...kalau bukan tekanan dipanggil apa??? Pujukan??? Tidakkah kenyataan Mahfuz yang mengeluarkan kenyataan serupa telah disanggah TGNA sebagai membiarkan umNO berpesta. Sewajarnya kenyataan yang serupa dikeluarkan TGNA sekali lagi. Bagi saya dewan pemuda Kelantan BIADAP dengan TGNA! kenyataan Zaki sebagai SU Perhubungan sendiri sangat dangkal dan berhelah yang membodohkan orang dalam memahami apa yang tersirat.

Zaki menjelaskan PAS Kelantan tidak membuat apa-apa pendirian berhubung isu Ariffahmi setakat ini, tetapi menerima pendirian Dewan Pemuda PAS Kelantan.

“Oleh itu bagi kita pendirian Dewan Pemuda bukan satu tekanan kepada Menteri Besar,” katanya.(MALAYSIAN INSIDER)

Huruf condong

Kalau bukan tekanan... apa lagi. TGNA telah jelaskan bahawa Ariffahmi boleh meneruskan hingga tarikh yang dipersetujui. Ia atas restu dari TGNA. Maknanya tekanan kepada Ariffahmi adalah tekanan kepada TGNA! Susahkah bersabar selama 3 bulan lagi berbanding krisis yang akan timbul dengan desakan ini??

Saya ulangi!!!! Mahfuz telah buat desakan serupa dan TGNA telah menyanggahnya! Jika ada desakan serupa dengan Mahfuz bermakna mereka menentang TGNA dan menyokong desakan Mahfuz yang telah ditempelak TGNA. Bagi orang yang beradab dan berakhlak, setelah diberitahu bahawa ayah tidak bersetuju dan marah dengan desakan itu... yang lain akan diam dan hormat...jika terus mendesak beerti mereka merasakan tindakan ayah tidak betul....Ayah tak paham bahasa...!mesti di desak lagi ...kali ini dengan menggunakan dewan pemuda yang bukan suara peribadi lagi. Apa erti ini semua???? Bukankah itu satu desakan dan sanggahan kepada TGNA sendiri??

Apakah ada agenda sulit menekan TGNA melalui Ariffahmi . Saya hampir menerima persepsi bahawa ada dalang terancang menekan TGNA melepaskan jawatan secara senyap! Konspirasi ini seakan dirancang oleh pakar yang cukup mahir. Ia bukan kerja secara tak sengaja... Ia kerja yang sangat teliti! menggunakan jalan jauh yang mungkin datang dari dekat! Kerja yang sangat jahat!

Kalau di Zaman Rasulullah, fitnah terhadap Aisyah datang dari Abdullah bin Ubay yang selalu mendampingi Rasulullah. Bila terdedah kejahatan beliau melalui surah Munafiqun... beliau tetap tidak mengaku.... Namun beliaulah dalang sebenarnya... Ingat!!! Al Quran adalah periingatan sepanjang masa yang pastinya kerana keadaan yang sama akan terus berulang sepanjang masa terutama kepada perjuangan Islam dan pejuangnya . TGNA adalah orang yang mengikuti jejak perjuangan Rasulullah, maka pastinya yang penentang beliau menjejaki langkah Abdullah bin Ubay.

Abdullah bin Ubay hampir berjaya dalam peristiwa fitnah terhadap Aisyah...isteri Rasulullah...keluarga Rasulullah....Yang terbeban bukan hanya Aisyah, bukan hanya Abu Bakar ...tetapi sasaran sebenarnya ialah Rasulullah!... hanya kerana Wahyu membebaskan Aisyah... Rasulullah terlepas dari beban itu... Tiada lagi wahyu akan turun kepada kita... namun wahyu yang ada cukup untuk menyelamatkan orang yang beriman dengan ayatnya dari kerja fitnah Abdullah bin ubay dan pengikutnya.

Saya tidak tahu apakah dewan Pemuda Kelantan lebih terbeban dan menerima musibah atau kerugian dengan perletakkan jawatan Ariffahmi yang hanya dilewatkan beberapa bulan...atau ada di antara mereka yang sedang mengintai atau telah dijanjikan mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan?. Apakah DPP Kelantan telah serakus Muhyidin yang mendesak Pak Lah agar segera berundur...? Moga bukan itu sebabnya

Laporan akhbar memetik Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Dr. Rosli Allani Abd. Kader berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan cadangan mendesak Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK lebih awal tanpa menunggu sehingga Mac depan. (malaysian insider)

Saya simpulkan keyakinan saya ini atas satu perkara ; Mahfuz telah mendesak perkara yang sama. TGNA telah menempelaknya. Tiba tiba DPP Kelantan pula membangkitkan kembali perkara yang telah disanggah TGNA. Apa lagi nak diistilahkan selain BIADAB?? Saya tak pasti apakah saya yang jauh ini lebih merasai denyut nadi TGNA dari DPP Kelantan yang bergaul dengan beliau. Saya hanya ingin menjadi seorang pemuda yang berakhlak dengan orang yang lebih tua...tentunya lebih beradab dan tidak kurang ajar dengan seorang Tuan Guru yang disanjung dan disayangi semua...



4 ulasan:

mulutlancang berkata...

Biadab sesama manusia tidak ngapa ya akhi; jagan biadab dengan Allah dan rasulNya.TGNA bukan maksum, takkan ko tak gheti?

Tanpa Nama berkata...

Dato, PAS Kelantan “merestui” tindakan Pemuda PAS negeri itu …tetapi Dato mencemuh Pemuda sebagai ‘biadab’.

Tentu mereka lebih kenal dan mengasihi Tok Guru lebih dari kita yang berada di Perak ini.Jangan ingat kita sahaja yang kasih kpd Tok Guru atau kita sahaja yang berjuang dalam PAS dan orang lain semuanya hancus!

Biarlah sikap kita rasional dan tidak terikut-ikut dengan emosi.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Dr. Rosli Allani Abd. Kader berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan cadangan mendesak Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK lebih awal tanpa menunggu sehingga Mac depan.

Dr. Rosli berkata, dewan itu mungkin akan membincangkan isu itu lebih mendalam termasuk mengadakan undian di kalangan ahli jawatankuasanya untuk membuat desakan tersebut.

Menurutnya, keputusan memanggil Ariffahmi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri itu dibuat pada mesyuarat harian dewan itu Khamis lalu walaupun sebelum ini beliau telah dipanggil.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu pihaknya tidak mencampuri urusan agenda pertemuan Dewan Pemuda PAS Kelantan esok.

Nampak lebih bijak Nasrudin kali ini.Beliau tidak mudah menuduh Pemuda Kelantan dengan cemuhan yang emosi seperti Dato.Harap Dato’ dapat mencontohinya.

sudirumusibarat berkata...

JANGAN PESONA DALAM TARI
(Saya sokong Anak Sengat)

dah dipesan berkali-kali
dah diulang berhari-hari
jangan ikut tari umnoBN dan rakan sejurusnya
tatkala UmnoBN dah letih menari
Kenapa kita masih ligat berseri-seri

Jadi pejuang –pejuang islam
pejuang jangan mudah


Dewan Pemuda PAS Kelantan
jangan jadi orang-orang yang rugi
kerana hilang kesabaran dan kesopanan
sebelum, semasa dan selepas diuji
apa yang telah dibina bertahun - tahun tegakkan
jangan sampai robohnya dalam masa sedetik cuma
Cuma-cuma jadi pejuang
Jadi pejuang
Pejuang Islam

pejuang jangan mudah
tergoda dan pesona dengan sihirnya musuh
musuh selamanya mencari dan mencipta ruang
tampak bahagia padahal lara bertahun
tergoda dan pesona dengan sihirnya musuh
pejuang jangan mudah

jangan ikut tari umnoBN dan rakan sejurusnya
Umno nian letih menari
namun jika kita masih ikut rentak mereka
ia semakin semangat dan berhajat
dan kita hingga hilang ingat
Siapa kita
Jangan ikut tari umno dan rakan sejurusnya


Kpd si mulutlancang,
Tak pernah TGNA kata dirinya maksum
jangan diulang-ulang fitnah
tak pernah orang pas kata TGNA tokoh yang maksum


jangan dicanang-canang untuk menang mudah senang seketika
yang suka tuduh-tuduh , sekadar agak-agakan,
ikut –ikutan kata orang lain kata kita pun tidak lain
atau keliru dalam meneka dan keburu dalam tindak
Sengaja nak jadi batu api pengadu domba niat yang tak tersembunyi
dan bukan lagi rahsia
Apa faedahnya? Nak cari keuntungan dunia?
atau saja-saja?Suka-suka ?
Itu perangai syaitan yg dipeluk kejap
jangan menari ikut rentaknya
(rumus_ibarat)

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Salam Pak Huseyn,
01. PAS Kelantan merestui adalah persepsi dari kenyataan Zaki selaku SU perhubungan." merestui" sama sama kita guna dua koma di atas. Guru bahasa tentu faham apa maksud dua koma di atas... sebagai guru tak perlu saya bagi tahu.... hati yang jujur mampu memahami.
02.Apa perlu mendesak lagi sedangkan Ariffahmi telah bersetuju meletakkan jawatan. Cuma tunggu bulan mac. tak boleh sabar??
TGNA telah menyebut Mahfuz membiarkan umNO berpesta dengan kenyataan tempohari... TGNA juga kata kenapa Mahfuz tak datang berjumpa sebagaimana Salehudin? Memang Patutnya orang Kelantan lebih tahu dan kenal TGNA. Itu yang saya setuju! Tapi nampaknya tidak begitu.
SAYA BUKAN PENYOKONG ARIFFAHMI..BUKAN JUGA PENYOKONG SYED AZIDI... SEPERTI SELALU TUAN GUNAKAN BILA MEMBELANYA KICKDAFELA..
03. Kenyataan KP Pusat adalah kebijaksanaan politik yang tak mahu isu dalaman terus bergolak!
04. Tuan juga tahu apa erti emosiorang lain.Memang kali ini saya beremosi kerana terlalu biadab! Tapi ramai orang yang sekian lama telah beremosi....
Alhamdulillah...akhirnya DPP Kelantan tahu adab juga bila batalkan mesyuarat itu... Kalau Perhubungan setuju atau restu ..mana kenyataan sokongan itu...
Saya yakin istilah BIADAB itu bukan hanya emosi tetapi tepat dan sangat sesuai...