Sabtu, 12 Disember 2009

KHAIRY BERKOKOK KETIKA MENGANTUK

Setelah bertapa beberapa lama tiba tiba Khairy bangun dari tidurnya mendesak pimpinan tertinggi PAS memberikan komen berkaitan kenyataan Nga Kor Meng berkaitan isu masjid. Kata Khairy pemimpin PAS terpaksa korbankan prinsip untuk kuasa. Ternyata khairy masih "mamun" setelah bangun dari tidur yang panjang. Entah apa mimpi khairy yang disuruh jaga budah muda oleh bosnya tiba tiba menjenguk kepala. Tidakkah Najib menyuruh Khairy menjaga budak budak muda hingga jawatan menteri atau timbalan pun tak di bagi. Patutnya bagi le menteri atau timbalan belia ke... itu pun jaga budak muda juga...

Mungkin Khairy telah mencium bau timbalan menteri perlancongan yang kosong setelah anak Taib Mahmud meletakkan jawatan. Walaupun Khairy menafikannya... nama Khairy tetap disebut sebut... apakah yang menyebut itu budak upahan Khairy...tak pulak pasti.

Masjid memang syiar penting dalam Islam. Sebab itulah Rasulullah membina masjid ketika singgah di Quba dalam perjalanan hijrah. Namun jangan dilupa Masjid juga diperintahkan dirobohkan oleh Allah lantaran ianya masjid Dhirar yang bermatlamat menghancurkan Islam.

Isu peruntukan masjid bukan isu besar kerana ianya memang diketahui memiliki peruntukan sebagai agama rasmi. Permintaan Nga Kor Meng tak lebih semacam rengekan anak yang cemburu apabila melihat abangnya dapat duit belanja ke sekolah. ..... Silapnya Nga Kor Meng apabila membandingkan dengan peruntukan masjid. Itu aje...

Sebenarnya telah ada pemimpin PAS termasuk ketua Penerangan membuat kenyataan akhbar.Itu tak termasuk jawapan dari Timbalan Presiden sendiri dan bendahari . PAS konsisten melihat hak semua agama dalam sebuah negara. Islam memberi keadilan kepada semua. Bezanya PAS melihat dari sudut agama dan umNO melihat dari sudut kepentingannnya.

Mungkin Khairy mengharapkan komen pemimpin PAS kerana Khairy tahu hanya pemimpin PAS yang rajin pergi masjid. Kenapa Khairy tidak minta bosnya Najib memberi ulasan> Nga Kor Meng meminta dari kerajaan BUKAN dari PAS. PAS boleh bagi kenyataan tetapi kerajan WAJIB bagi kenyataan... bukan Ibrahim si katak . Naib sediri tidak memberi komen...apa perlu pemimpin PAS terutama Presiden beri komen. Atau Khairy tak jumpa kenyataan pemimpin PAS??? SEBAB KHAIRY MASIH MENGANTUK

Tiada ulasan: