Sabtu, 26 Disember 2009

MALAYSIA SUMBER BESI BURUK TERMAHAL DI DUNIA

(I) KEHILANGAN ENJIN PESAWAT TERBANG

SEMUA macam tak percaya, macamana enjin pesawat terbang seberat 600 paun boleh lolos dari kawalan keselamatan. Macamana perkara ini boleh berlaku. Siapa Menteri Pertahanan ketika itu ?

Khabarnya enjin itu sudah diseludup ke Argentina, malah ada laporan yang mengatakan enjin tersebut sudah berada di sebuah negara Asia barat yang anti Amerika. Macamana boleh lolos ?

(II) KEHILANGAN GERABAK KERETAPI.

Pada tahun 80an dahulu negara digemparkan dengan kehilangan sebuah gerabak keretapi di Stesen Tapah Road, Perak. Semua macam tak percaya bagaimana sebuah gerabak keretapi yang begitu besar sangat berat dicuri.

Dari segi logiknya kerja mencuri gerabak bukan kerja mudah. Paling kurang memerlukan sebuah treler panjang dan 2 buah kren untuk mengangkat gerabak itu, sebelum diangkat ke atas treler dan di bawa lari. Macam mana boleh lolos ?

(III) KEHILANGAN DANDANG

Seperti juga gerabak keretapi, sebuah dandang yang begitu besar dan berat perlu kepada kren dan treler untuk diangkut. Dandang iaitu satu peralatan mekanikal, didapati telah dicuri dari kawasan kampus Universiti Malaya Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Kejadian berlaku pada waktu siang hari malah pada hari berkerja.

Dandang tersebut telah dibawa keluar dan melalui pemeriksaan keselamatan di pintu keluar universiti itu. Macamana boleh lolos ? Bolos ?

(IV) BESI BURUK

Tayar terpakai boleh tak boleh dipakai tetapi boleh diimpot dan dijual. Alat ganti kereta terpakai tidak boleh dipakai tetapi boleh diimpot dan dijual di pasaran dalam negara.

Kebanyakan alatganti kenderaan yang terdapat di kedai potong atau kedai alatganti terpakai adalah dibawa masuk dari negara luar terutama dari Jepun. Ianya dibawa masuk ke Negara ini dan diikrarkan oleh pengimpot sebagi besi buruk atau barang lusuh.

Cukai yang dibayar kepada Kerajaan ialah ‘cukai besi buruk’ bukannya cukai alatganti. Harga jualan satu enjin kereta terpakai sudah mencukupi untuk membayar cukai besi buruk satu kontena !

Tidak menghairan dan tidak mustahil jika enjin pesawat yang hilang itu dibawa keluar melalui pemeriksaan Kastam dan diikrarkan sebagai besi buruk. Lalu lolos ketika Najib jadi Menteri Pertahanan !

Pepatah Melayu berbunyi “Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri”

email dari wan Rashid- Jazakallah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ramai tuan punya KERETA di Malaysia TERANIAYA..kerana pecah tayar akibat BESI penutup longkang KENA CURI..

Jadi rakyat biasa boleh minta GANTI RUGI dari Kerajaan Malaysia..kerana Kerajaan telah memberi CONTOH tauladan PERINGKAT TINGGI kepada penyamun penyamun BESI peringkat bawahan..