Khamis, 3 Disember 2009

MUSANG KIAN TERCABUT BULUNYA!!!

Banyak sangat berita sisipan yang diangkat menjadi isu nasional kini. Semuanya angkara peranan media. Media adalah perantara paling penting membentuk persepsi di zaman moden ini. Bagi masyarakat muda dan profesional, media maya seperti blog dan seketurunan dengannya adalah pilihan apatah lagi di zaman kepercayaan kepada media perdana dah jadi perdana menteri YANG TIDAK DIPERCAYAI.

Media adalah senjata yang boleh membunuh dengan mudah fikiran manusia. Sebab itu protokol Zionis menjadikan media sebagai alat utama membentuk persepsi manusia. Islam juga menyedari peri pentingnya peranan media, lantaran itu ayat surah Hujurat memberi panduan dalam penyebaran berita khususnya ayat 10. Tak cukup dengan itu, peristiwa Hadis al Ifk berkaitan kisah fitnah terhadap Aisyah dirakamkan oleh Allah dalam Al Quran untuk di hadam oleh umat Islam khususnya penulis dan penyambung berita seperti blogger.

Islam mengajar kita menulis dengan tanggungjawab bahawa kita akan menjawab dan menanggung segalanya di akhirat. Menulis bukan mencari glamer dengan mengorbankan segala prinsip dan kira bicara akhirat. Jauh sekali menulis dengan fitnah jua membangkitkan kembali fitnah.ini adalah asas paling minimum bagi seorang muslim.

Bagi seorang yang mendakwa mendokong perjuangan Islam tentunya mampunyai matlamat tersendiri untuk membina Jamaahnya. Menilai kesan penulisannya... adakah akan membantu atau menambahkan kekusutan jamaahnya. Memang seronok bila banyak yang menyokong tulisan kita...tapi amatlah malang jika ianya semua mengusutkan kerja jamaah dan ummah.
Musuh Islam dan musuh perjuangan Islam seperti umNO tentunya menyedari masalah ini. Kalau kita meninjau dunia blog khususnya yang dilihat cenderung bersama Pakatan, kita akan dapati terlalu banyak "musang berbulu ayam" di dalamnya. Ia dapat dilihat jika kita meninjau tulisan dan posting didalamnya secara berterusan... apatah lagi bile kita mencuit dengan komentar... tentu kita akan melihat bulunya tercabut satu persatu.. AWAS!

Rencana yang menghilangkan kepercayaan kepada jamaah dan Pakatan Rakyat di tulis dengan " make up" yang pasti merangsang minat untuk kita secara di luar sedar untuk mengulas dengan fahaman dan prasangka sendiri. Sebahagian mereka ini menggunakan istilah berita seimbang . Sebahagiannya secara jelas meletakkan mereka sebagai penyokong namun memihak diri mereka dalam satu pihak tertentu pimpinan yang mereka sendiri membantuk kumpulan itu... Usaha mereka di sambut pula oleh penyokong PAS sendiri khususnya dengan turut memanjangkan "label" tertentu di dalam PAS.

Perhatikan saja...ada blog yang secara konsisten terus memanjangkan kemelut dalam PAS walau sudah dimatikan oleh keputusan tertinggi yang disepakati semua pimpinan yang didakwa dari kelompok yang berbeza. Ada blog yang sengaja mencari titik pemisah dan mengaitkan semua isu dengan mencelah bagi memisahkan pimpinan atau penyokong dengan jurang pemisah yang dalam. Cukuplah dua Tok Guru dipisahkan... Perhatikan Dulu TGHH diserang di segenap sudut... kini TGNA manjadi sasaran.... apakah kita tidak menyedarinya???

Namun yang peliknya... bila salah satu Tuan Guru ini di serang, maka diwujudkan kepercayaan dan khayalan bahawa ianya dari kerja kelompok satu lagi Tuan Guru. Saling tak tumpah seumpama peristiwa perang Jamal antara Aisyah dan Ali atau Siffin antara Muawiyyah dan Ali.... semuanya menyangka mereka saling berbalah, namun hakikatnya... terserlah jua...ia angkaraMunafiq yang menyusup antara keduanya.... Barangkali yang celik sedang melihat musang ini mula tercabut bula ayamnya....

Malangnya kita menjadi kelompok yang lebih berminat dengan isu yang menimbulkan kelompok dari mencari titik yang merapatkan jurang. Kekadang kita menjadi tungangan musuh dalam masa kita menyangka kitalah pejuang dan penyelamat jamaah... semuanya angkara lebih banyak mendapat berita dari akhbar dan blog dari mendapat penjelasan langsung dalam majlis dalaman parti.

Benarlah kata saidina Ali menjawab pertanyaan orang yang mempertikaikan pemerintahannya dan dibandingkan dengan khalifah sebelumnya: "Abu Bakar dan Umar memrintah orang seperti aku sedangkan aku memerintah orang seperti kamu." Indahnya PAS dulu di bawah Allahyarham Ustaz Fadzil yang ahlinya lebih kerap bertemu di medan usrah dan program jamaah dari bertemu di kedai kopi dan medan maya yang terlalu banyak fitnah.

Indahnya PAS di bawah beliau ketika fikrah ahlinya jelas dengan matlamat Daulah Islam dan dakwah berbanding sekarang yang fikrahnya sanggup mencagar segalanya demi kuasa yang lebih utama... Jangan pula ada yang memutar kenyataan ini kononnya kita menolak kemenangan...TIDAK!!! tetapi kita mencari kemenangan yang masak... dan sekarang kita dalam proses mematangkan kemenangan....

Kalau dulu kita semua sepakat menjunjung sirah Rasulullah lebih rela menolak kuasa yang ditawar musyrikin Mekah lantaran Islam tidak tertegak didalamnya berbanding sekarang yang mula bercelaru dalam menafsir sirah tersebut. ungkapan "kita rela kalah asalkan Islam menang" sudah diputar seputarnya. Tidakkah itulah menifestasi yang dilakukan Rasulullah menolak kerajaan Mekah... rela tanpa kuasa asal Islam terus tersebar... Selamanya Islam tidak pernah kalah selagi kita berprinsip... Namun Islam akan sukar menang bila kita mencagarkan Islam semata mendapat kemenangan.... Selamanya INGAT! teori michevelli- matlamat menghalalkan cara- selamanya takkan sesuai dengan Islam...malah Islam tidak pernah bertoleransi dengannya!

Kesimpulan apa yang ingin saya kongsikan.... jelmakan ... jelmakan diri kita sebagai ahli "jamaah Islam" yang punya jati diri dan tarbiah yang pastinya berbeza dengan jamaah yang bukan berpaksikan Islam. Kita masih boleh kekal bersama tetapi tentunya cara dan pendekatan yang berbeza...tidakkah itu keindahan dalam bekerjasama??? Saling melengkapi .....

Gunakan media baru alat mengukuhkan jamaah bukan meruntuhkan jamah... Jangan sesekali menjadi alat musuh dengan menyebarkan perpecahan yang telah didamaikan... Jauhi sekali melabel kelompok pimpinan dalam jamaah yang kesemua mereka bermatlamat menjungjung agama Allah....Pimpinan telah berhenti memperkatakannya... jika anda masih belum berpuas hati dan berhenti melebelnya...anda bukan dari mana mana pihak pimpinan... sebaliknya ANDA BERADA DIPIHAK umNO YANG KECEWA DENGAN PERDAMAIAN YANG DIUSAHAKAN.... MASIH TAK PUAS HATI????

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

persepsi saya: andalah musang itu.
Di dalam Islam segala-galanya adalah telus dan terbuka.

kita tidak boleh menutup kepincangan kepimpinan lantaran ia adalah benih kepada perpecahan ummah yang lebih parah.

lazimnya isu dikatakan ditutup sedangkan yang sbenarnya berlaku ialah menyapu sampah sarap ke bawah karpet untu nampak cantik di permukaan.

jeghiwhiskers@yahoo.com berkata...

terima kasih di atas artikel yg bermakna dan menginsafkan..

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Biasanya Musang tak bernama...

Tanpa Nama berkata...

Mungkinkah yang bernama itu musang berjanggut?hee! Hee!