Jumaat, 11 Disember 2009

NGA KOR MENG ... JANGAN CABAR MELAYU!


Ketika sibuk dengan isu parti masing masing......tiba tibaNga Kor Meng meletupkan isu peruntukan masjid dan rumah ibadat lain. Sebagai seorang Islam berbangsa melayu yang pernah dididik oleh kursus BTN sebanyak dua kali pastinya saya sedikit tersentuh. Ia isu yang menyentuh perkauman apabila hak melayu islam dipersoalkan...itu yang ditanam dalam BTN. Melayu itu Islam..islam itu melayu. Hilang melayu hilanglah Islam..... Jangan benarkan orang lain merampas hak kita sebagai peribumi melayu.... itu mencabar islam...! Jangan main api!!!

Jika tarbiah BTN sahaja yang masuk dalam jiwa saya pastinya Nga Kor Meng akan saya tentang habis habisan. Bukan masalah mencabar hak melayu tetapi mencabar hak Islam! Apatah lagi apabila membaca utusan Meloya sebagai Kur'an yang hak dan satu satunya kitab suci. Hak Islam sebagai agama rasmi tidak boleh dicabar oleh mana mana pihak! Itu perjanjian yang termaktub di dalam perjanjian lama dan baru! (betul ke)????

Saya masih ingat kenangan bersama Almarhum Tuan Haji Idris Othman - bekas PJ Hisbah pertama Trengganu yang pernah menyebut " Jika saya menjadi Hakim mahkamah Tinggi, antara yang saya akan tafsirkan ialah "peruntukan JAKIM bercanggah dengan undang undang!" Islam hanya agama rasmi bukan agama negara!" saya seakan terkejut dengan kenyataan tersebut...namun setelah difahamkan tujuannya ialah untuk mendaulatkan Islam...barulah saya faham..." Sesiapa yang nak jaga agama mestilah mendaulatkan Islam sebagai agama negara...jika tidak jangan marah dengan apa yang saya akan tafsirkan.." demikian ungkapan beliau yang saya masih ingat...sayangnya beliau hanya mampu duduk di kerusi hakim mahkamah sesyen walau setelah 25 tahun bertugas dengan 26 kali ditukarkan! Terakhir di Tawau Sabah.

Saya tak tahu apa yang diungkapkan oleh Nga Kor Meng secara tepat. Media malaporkan ianya mempersoalkan peruntukan masjid.( walaupun matlamat sebenarnya menuntut hak agama lain) Ia menyentuh isu hak umat Islam. Sebagai seorang yang mendokong perjuangan Islam, sedikit terganggu dengan ucapan itu kerana bukanlah sesuatu yang tepat beliau membandingkan peruntukan masjid dengan rumah ibadat lain. Beliau berhak menuntut peruntukan rumah ibadat lain kerana ianya dibenarkan Islam. Namun membandingkan dengan masjid adalah sesuatu yang kurang wajar! Bukan tidak wajar dari segi hak tetapi suasana politik!

Tentunya PAS akan menjadi sasaran serangan dengan ungkapan tersebut apatah lagi apabila ada pemimpin PAS yang diketuai Bendahari memberi sokongan yang tegas. alangkah baiknya PAS mengambil sikap berhemah dalam memberi sokongan. Menyokong dalam menjelaskan! . Bukan bersifat perkauman! Tetapi PAS adalah parti yang bertanding di kawasan majoriti melayu yang pastinya persepsi undi melayu diberi keutamaan! DAP pastinya akan mendapat sokongan padu dari bukan melayu dan bukan Islam! sememangnya mereka bertanding di kawasan bukan Islam. DAP khususnya Nga Kor Meng perlu membantu mengurangkan ketegangan kesan lontaran yang dibuat di parlimen tersebut. Ia bertujuan membantu PAS khususnya dalam mengembalikan kepercayaan pengundi melayu...jua bererti pengundi Pakatan Rakyat! Ini persepsi yang di telah diterima sebagai akidah oleh sebahagian orang dalam menentukan sikap dan pendirian mereka!

Namun apa yang lebih menarik , lontaran Nga Kor Meng ini telah menjerut umNO Bee End dengan isu kemelayuannya. Di saat umNO yang terkenal sebagai parti pragmatis terjerat dengan pertembungan antara darah melayu yang ditopengkan dan wajah satu Malaysia yang cuba dijelmakan Najib. Antara Nazri yang mengakui bahawa satu malaysia bukan lagi bersifat bangsa dan keutamaan kepada melayu dan Mahathir yang mempertahankan BTN yang menjadi nadi umNO dengan darah melayunya....

Sewajarnya kita lebih tertumpu dengan jerat yang terjerut di leher umNo dari bertegas memberi sokongan kepada Nga Kor Meng. Mengapa kita tidak membincangkan hasil yang terperangkap dalam jaring yang terpasang dari bertegas mempertahankan kewajaran memasang jaring di tempat yang kurang wajar? Sokongan meng"khinzir buta" akan merugikan PAS jika media umNO berjaya memalingkan isu. Apa perlu sokongan itu dibuat??? tidakkah kita menjerut leher sendiri??? Tidak cukupkah dengan hanya kenyataan memperjelaskan sikap Islam yang terbuka dan adil kepada semua??? inilah masalahnya apabila terlalu berminat dengan kenyataan akhbar secara terbuka!

Apapun Tahniah kepada Nga Kor Meng kerana menjerat umNO antara kemelayuannya dan satu Malaysia.Najib nampaknya lebih bijak dengan mengambil sikap berdiam diri dan mematikan isu tersebut.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

luun dapat maklumat dari utusan lu ckap byak aphal? lu tulis lu anak sengat, apa lu buat utk sengat? time sengat banjir lu duk mana? oo lupa..lu duk seri botani yg tak kena banjir.

Tanpa Nama berkata...

anaksengat,
Sapa budak ni???
Dia tak paham apo ko tulih ni...
apa kaitan banjir tu???
ko ada masalah ngan mamat ni kut ...
tu yang dia meracau takdak tajuk kat blog hang ni...kesiannnn
Hang kenai ka dia???

Tanpa Nama berkata...

patutnya ko kena tolong bawak kapal mewah masa sengat banjir... baru umNo suka...berapa rumah tenggelam???
Ko ni mesti kerja ngan bomba atau jabatan saliran..tak pun YB atau ketua kampong kat situ...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

apahal anon?? dapat maklumat utusan???dah baca habis ke??? Paham ke tak???
Banjir??? apahal plak. Maaf le tak dapat nak ambik gambar lu masa lu dalamkan sungai dan sedekahkan 1 juta masa tu... masa banjir kilat tu...
Kalau saya ade pasti saya datang sebab dapat tunjukkan muka ...mana tau kut dapat jadi ketua kg ke..JKK ke...macam lu kut... Sayangnya saya diluar kawasan masa tu..ruginya...nyesal tak sudahhhh

Tanpa Nama berkata...

bagus NKM , cabar le melayu semaumaunya. melayu mana ada telur... batang pun dah tak naik. tengokla dalam kebanyakan blok, iklannya tak lain produk nak keraskan batang!!!! melayu penakut.. kalau berani jom kita pakat kerat jer 'kepala' sekor sekor, ada berani ka????? kalau harap menteri gerombolan/pas/pkr, hampeh la, kita gak yang nganga. depa dah kaya,ada harta kat luar negara, kalau berlaku kekacauan mereka semua blah ngan anak bini. tinggal kita rakyat yang menderita...rajagopal??? dah lari malam la...