Jumaat, 18 Disember 2009

umNO MINAT ISI JK MASJID, BUKAN ISI MASJID


Di Perak beberapa hari ini sibuk dengan masalah JK masjid. Sebenarnya sejak rampasan kuasa oleh KUDETA Zamry Mac lalu, Perak terus dirundung krisis. Bukan sahaja jawatan Menteri Besar dan Exco menjadi rebutan, Jawatan speaker dan Pengerusi GLC, Pengarah jabatan kerajaan dan ketua kampung malah jawatan imam dan JK masjid turut menjadi rebutan.

Isu MB dan sepeaker "digaduhkan" di hadapan hakim mahkamah. Tak ketinggalan jawatan ketua kampung...semuanya tidak selesai...kini umNO sedang berhempas pulas ingin merampas JK masjid. Umum mengetahui, umNO bukan berminat sangat dengan masjid, namun yang mereka inginkan ialah penguasaan masjid. Di sesetengah masjid, bukan sahaja apabila JKnya dikuasai oleh umNO, imam dan bilal bertukar malah seluruh aktiviti masjid dibekukan dan disemak semula. Guru yang mengajar di pastikan memiliki "tauliah umNO" . Tauliah yang diberikan oleh Paduka Sultan seakan tidak bernilai berbanding sekeping kertas ahli tak berbayar umNO.

umNO menyedari hubungan masyarakat melayu islam dengan masjid. Paling malas pun seminggu sekali mereka akan ke masjid. Paling benci kepada JK masjid pun, Tahlil, Yasin dan urusan pengkebumian jenazah mesti memerlukan orang masjid. Ada beberapa masjid yang menghadapi masalah untuk mengadakan mesyuarat kerana sukarnya menghubungi masjid yang kebanyakannya adalah ketua kampong atau ketua cawangan umNO.

Ada pengerusi masjid yang tak tahu menguruskan masjid dan mungkin tak tahu apa berlaku di masjid sebelum ini kerana beliau tidak pernah ke masjid melainkan setelah dilantik sebagai JK atau pengerusi masjid. Ada JK masjid yang tidak tahu nama mereka dilantik oleh umNO menjadi JK masjid kerana kekurangan orang. Pernah berlaku di suatu surau diri jumaat, lapan orang JK lantikan umNO terpaksamenarik diri setelah menyedari nama mereka disenaraikan sebagai JK masjid. Lapan orang ini adalah jenis yang sedar diri tentang kelayakan mereka .

Apapun umNO sebenarnya adalah parti yang menggunakan agama untuk politik mereka..... bukan PAS., Merekalah menggunakan masjid untuk kepentingan kuasa politik mereka......... bukan PAS....

3 ulasan:

Na'im Nikmat berkata...

Penyakit UMNGOK dikalangan orang Melayu..

Setelah dikejutkan dengan wabak H1N1 kini rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan sejenis wabak penyakit berjangkit yang sangat berbahaya yakni penyakit UMNGOK.Namun rata-ratanya yang dijangkiti hanya kaum Melayu.

Antara gejala-gejala penyakit UMNGOK ini ialah:

1.Asobiyah yang sangat melampaui norma seorang manusia.

2.Redha diperbodahkan pemimpin Zalim yang korup asalkan mereka Melayu.

3.Alah yang teruk kepada perkataan PAS,PKR,DAP.

4.Turut alah dengan laungan 'Takbir',Reformasi dan Makkal Sakthi.

5.Perasaan benci kepada Alim Ulama terutama Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

6.Memisahkan Agama dari segala aspek kehidupan kecuali upacara nikah dan upacara pengkebumian.

7.Seringkali terkena sawan 'Kepala Lembu' yang mengakibatkan kepala lembu yang tidak berdosa akan diarak beramai-ramai sambil melaungkan perkataan 'Hidup Melayu' dan 'Ketuanan Melayu'.

Itu hanya sedikit contoh daripada berpuluh-puluh lagi gejala penyakit ini yang tak mampu ditulis lagi. Namun jangan dirisau setiap penyakit yang ALLAH S.W.T turunkan pasti diturunkan sekali dengan ubatnya.

Untuk penyakit berbahaya ini, doktrin untuknya ialah cepat-cepat keluar UMNO dan cepat-cepat mendaftar untk menjadi Ahli Pakatan Rakyat ditempat yang berdekatan dengan premis kediaman.InsyaALLAH penyakit itu sembuh dalam kadar tempoh kurang daripada 24jam anda keluar UMNO/BN.

P/S:Sudi kiranya Tuan Blog linkkan blog sy kedalam Blog Tuan
http://naimnikmat.blogspot.com/

Amri Mat Saaid berkata...

salam, dato

jabatan kerajaan dan ketua kampung malah jawatan iman dan JK masjid turut menjadi rebutan.

imam kot dato

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Betul tu amri... jawatan imam... bukan iman.... banyak deme ni imam yang takde imannn