Isnin, 4 Januari 2010

ALLAH!!!..... NAMAMU MENGGERUNKAN...

Sekian kali sahabat meminta saya berkongsi pandangan tentang penggunaan Allah yang diputuskan oleh mahkamah. Terasa berat kerana meluasnya skop yang perlu dibincangkan. Ia bukan hanya isu ilmu... jua bukan hanya soal hukum. Berbicara di sudut ilmu tanpa membincangkan kesan pelaksanaan ilmu atau hukum itu menjadikan ianya dilihat tempang. Seumpama makan gula... dilarang bukan kerana mahal harganya atau kelebihannya sebagai sumber tenaga..tetapi bahayanya kerana ia pesakit kencing manis...

Di sudut ilmu.

Asas perbicaraan sesuatu masalah mestilah dilihat di sudut ilmu. Islam sangat menghormati ilmu. Persoalan penggunaan nama Allah bukanlah pelik dalam sejarah Islam. Dalam surah Zukhruf ayat 87 Allah menceritakan kenyataan ini "

87. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah Yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?.

Luqman 25.

25. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

Hadis; Kisah tentang perjanjian Hudaibiyyah antara Rasulullah dengan orang musyrikin yang membantah penggunaan nama Bismillah hir rahmanirrahim;

Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.(muslim).

Dalam kaedah perlaksanaan sesuatu hukum yang masih dibuka ruang perbincangannya...Islam mengajar kita kaedah Siasah Syari'ah yang sangat menekankan usul Masolihul mursalah. Buruk baik perlaksanaannya mesti dilihat secara serius.

Kesimpulannya, dari sudut ilmu ia dibenarkan.malah bukan pelik dalam masyarakat luar.

Realiti masyarakat kita.

Walaupun kita bicarakan tentang nama Allah dan hak penggunaannya oleh bukan Islam khususnya kristian, namun kita juga tidak boleh lupa melihat kesan penggunaan khususnya dalam masyarakat kita. Di dunia luar , penggunaan ini bukanlah pelik terutama di timur tengah dan Indonesia... kebanyakannya di negara ummat Islam... tidak di begara bukan Islam.

Antara kaedah penyebaran kristian hari ini ialah menyamaratakan antara Islam dan kristian. Ada dikalangan mereka mengizinkan orang Islam yang masuk kristian bersolat secara Islam walaupun mereka kristian. Asasnya sama...kata mereka..tuhan kita sama dan agama kita setara... boleh pilih mana suka... ia sangat bahaya,..

Masyarakat Malaysia sangat asing menggunakan Allah pada agama lain termasuk dikalangan penganut kristian sendiri. Usaha ini adalah usaha pendakyah mereka sahaja. Mungkin penganut kristian sendiri tidak selesa dengan perkembangan ini melainkan dengan tujuan memperkenalkan kristian kepada umat Islam.Mereka lebih selesa menggunakan istilah god atau Lord. itulah istilah popular di negara majoriti kristian!

Keputusan Mahkamah.

Keputusan yang dibuat oleh seorang hakim bukan Islam ini sudah dijangka. Persoalannya bagaimana perkara sebegini penting berkait tentang Islam boleh diserahkan kepada hakim yang bukan Islam? seakan ada agenda tersembunyi di sini yang perlu di beri perhatian.

Mempersoalkan keputusan mahkamah adalah satu kesalahan dalam undang undang Malaysia.Namun kerajaan mempunyai ruang mencatur agar ianya lebih memihak kepada Islam....

Kebimbangan kita.

Sebenarnya kebimbangan kita bukan hanya pada masalah penggunaan nama Allah. Ia hanya mampu disekat bagi menangguhkannya ke satu tempoh yang entah bila kita sudah bersedia. Antara persediaan yang mesti di beri perhatian ialah;

01. Tumpuan pendidikan Aqidah yang lebih kukuh dalam sistem pendidikan negara. Sehingga kini Aqidah bukan matapelajaran penting dalam sistem pendidikan negara.

02. Mengukuhkan kuasa mahkamah Syariah. Undang undang dan kedudukan mahkamah syariah mesti diperkasakan agar ianya menjadi mahkamah tertinggi yang mengatasi mahkamah sivil. Paling tidak keputusan yang dibuat oleh mahkamah Syariah tidak boleh dicabar oleh mana mana mahkamah. Semua pertikaian mestilah dikendalikan oleh mahkamah Syariah.

03. Umat Islam mestilah memberi tekanan kepada pemimpin Islam yang dilihat tidak memperdulikan masalah ini.Kekalutan yang berlaku hari ini adalah akibat sikap menangguk di air keruh. Kita tidak mahu kita keciciran sesuatu yang dikendong oleh semangat yang membabi buta. Keputusan ini adalah menifestasi sikap mahkamah yang tidak menyebelahi islam dalam banyak kes. Kes saman pelajar sekolah pakai serban.Kes pegawai kerajaan pakai purdah, kes saman budak pondok pakai serban..semua keputusan mahkamah memihak kepada bukan kepentingan Islam...ia adalah ancaman terhadap kemuliaan Islam.

Isu ini bukan isu politik, Ia isu agama. Ia mesti ditangani secara bijak. Jangan hipokrit dalam isu agama. Kita mesti mempertahankannya dengan alasan menjaga agama bukan mencari nama.



Tiada ulasan: