Bernama melaporkan Ketua Polis Kelantan akan membaca khutbah di masjid seluruh Kelantan. Ia adalah satu menifestasi cadangan YAB Menteri Besar Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat suatu ketika dulu. Walaupun ia direalisasikan setelah beberapa lama, namun ia adalah satu kejayaan besar Kelantan dalam mencontohkan tauladan. ternyata Kelantan berjaya menjadi model bagi Malaysia dalam banyak hal. Beliau pernah membaca khutbah pada tahun 2007.
Bayangkan jika PAS dan Pakatan rakyat yang memerintah Malaysia sejak dulu, tentunya kita juga dapat melihat Musa Hasan membaca khutbah. Namun yang berjaya dihasilkan setelah sekian lama umNO dan BN memerintah ialah bekas ketua polis yang menjadi pengurus judi dan tak tahu haramnya judi....
Seorang Rahim baca khutbah..seorang Rahim juara tinju...
KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi akan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid terpilih di seluruh negeri bagi menyampaikan maklumat secara lebih tepat dan jelas mengenai pencegahan jenayah.
Beliau berkata, langkah itu diambil sempena pelancaran program polis dengan masyarakat mulai tahun ini.
"Saya sendiri akan menyampaikan khutbah di setiap masjid yang dipilih di seluruh negeri bagi menyampaikan maklumat mengenai jenayah dan cara-cara untuk mencegahnya secara lebih tepat dan berkesan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini, Abdul Rahim melakar sejarah apabila menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Mukim Langgar di sini sempena Hari Polis pada 2007.
"Tugas ini bukanlah bermakna hendak mengambil alih tugas imam yang sedia bertanggungjawab dalam bidang itu, tetapi dengan berbuat demikian dapatlah saya menyampaikan dengan lebih jelas dan penuh penghayatan kerana kita sendiri berada dalam pasukan polis," katanya dan menurutnya beliau akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Kelantan berhubung perkara itu.
Katanya, langkahnya itu telah mendapat persetujuan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. - BERNAMAs
Tiada ulasan:
Catat Ulasan