Jumaat, 8 Januari 2010

API AGAMA SEDANG DI MARAKKAN AWAS!

Gempar dan menggemparkan. Kes gereja yang dibakar adalah simbahan minyak ke atas api yang kian menyala antara agama yang berlaku dalam negara. Siapa yang menyemarakkan api itu mesti dicari keran ia sedang mencipta keadaan huru hara dan mengancam keselamatan negara. Namun harus diingat...mereka yang menghasut juga tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Kenyataan ketua Polis negara berkaitan suspek itu sepatutnya melegakan namun selagi suspek belum ditahan, harapan terhadap jaminan itu tetap tidak melegakan.
"Kita juga sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu, namun siasatan awal mendapati kejadian itu tidak dirancang secara rapi dan dilakukan oleh individu yang terlalu emosional," katanya.

Jika benar ia hasil tindakan emosional, maka siapa yang mencetuskan suasana emosional juga harus di ambil tindakan. Kes ini amat membimbangkan. Ia berlaku di saat ketegangan kaum sudah mula hilang. Di pihak Pakatan Rakyat... ia berlaku di ambang penyatuan parti parti pelbagai kaum . Perpecahan dan ketegangan kaum tentunya merugikan Pakatan Rakyat. Jika situasi ini berlaku, pilihanraya ke 13 tidak akan memihak kepada Pakatan rakyat. Jelas Pakatan Rakyat perlu melakukan sesuatu bagi meredakan ketegangan ini. Ia api yang diciptakan bagi membakar perpaduan kaum dalam Pakatan Rakyat.

Jika ditinjau situasi sebelum ini, isu BTN yang merupakaan senjata perkauman umNo telah mencalarkan imej parti itu di kalangan bukan melayu. umNO dalam proses memulihkan sokongan bukan melayu kepadanya di saat parti kompenan seperti MCA, Gerakan dan MIC langsung tidak membantu kerana masalah dalaman mereka,. Tiba tiba Pakatan Rakyat meledakkan bom perkauman yang di bina di dalam program BTN. umNo yang cuba berdalih akhirnya akur melalui kenyatan Najib bahawa pengisian BTN akan di kaji semula bersesuaian dengan semangat satu Malaysia.

Hishamudin telah mengancam dengan ancaman ISA.Khabarnya kem Kamunting telah sunyi sekian lama. Kos menanggung lebih banyak dari hasil yang ditanggung. Operasi Lalang mengingatkan kita bahawa ia dimulakan oleh api perkauman. Kini senjata perkauman nampaknya tidak mendapat sambutan rakyat. Hanya isu agama yang masih berbekas di hati umat khususnya melayu. Apakah ia petanda bahawa ISA akan kembali bermaharajalela???

Semoga pimpinan Pakatan Rakyat tidak terbawa bawa dalam isu ini....


1 ulasan:

cicitHJHASSANu berkata...

salam tuan...

setuju dengan pandangan tuan,setelah mereka gagal dengan agenda menaikkan semangat perkauman,simbol kebanggaan kaum dijadikan serangan....

kini mereka terpaksa menyerang simbol Agama,tak mustahil selepas ini akan ada 'serangan' balas kononnya dilakukan untuk membalas dendam...nau'zubillah min zalik.

mereka(yahudi dan abdullah bin ubai almunafik)lupa,mereka bukan setakat melawan Nabi Saw tapi sebenarnya mereka menentang hukum Allah...tobat sobat!