Ahad, 3 Januari 2010

BUAH EPAL DARI POHON JERING???

Penggunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam kini menjadi polemik baru dalam masyarakat Malaysia. Harus difahami ... ia susulan kebenaran yang diberikan oleh mahkamah yang dihakimi oleh seorang yang bukan beragama Islam. Ia sah di sisi undang undang. Malah sesiapa yang mempertikaikan keputusan itu dianggap menghina mahkamah. Itulah undang undang yang diluluskan dalam sesebuah negara yang mengaku Islam!

Dari segi ilmu dan hakikat... ia bukan perkara yang asing bagi umat selain Islam menggunakan kalimah Allah. Ia biasa di negara selain Malaysia terutama di negara arab. Al Quran sendiri mengesahkan kenyataannya. Di dalam pengajian aqidah kita.... kita di ajar bahawa di sudut Rububiyyahnya.... orang selain Islam mengakui kekuasaan Allah sebagai tuhan yang mencipta. Namun mereka menolak kekuasaan dan penyembahan yang mutlak dan esa ialah Allah. Itulah kesyirikan yang menyesatkan mereka. Bagi yang membaca Al Quran... mereka tidak akan hilang kewarasan dalam mepertikaikannya!

Namun apa yang menjadi masalah di malaysia ialah ianya terlalu asing dan janggal. Ia juga boleh menjadikan salah faham dan kekeliruan. di sinilah masalahnya! Kelemahan dan ketidakpedulian masyarakat terhadap akidah dan ilmunya menyebabkan kita terdedah kepada bahaya penyelewengan dan penghinaan kepada istilah agama. Selama inipun bukanlah satu masalah bagi golongan selain Islam menggunakan istilah god atau lord bagi menggambarkan pemahaman mereka tentang Allah atau tuhan mereka. Ia boleh menjernihkan dan mengharmonikan ummat. Tidakkah kita selesa dengan suasana itu?

Persoalannnya di mana penyelesaian bagi menghadapi suasana itu?? Sejauhmana kita mampu menyekat sesuatu yang bersifat ilmu dan hakikat? Islam ialah agama yang sangat menghormati dan menghargai ilmu. Sampai bila kita mampu menghalang sesuatu yang dibenarkan oleh mahkamah. Sememangnya kita sangat bimbang dengan perkembangan ini. Bimbang kepada kekeliruan masyarakat yang boleh menyesakkan aqidah mereka apatah lagi dalam kerapuhan pegangan terhadap agama.

Kita terpaksa mengakui... sukatan aqidah dalam pelajaran di sekolah sangat tidak memperdulikan soal aqidah. JANGAN BERDALIH ! pelajaran aqidah di sekolah langsung tidak diperdulikan sedangkan itulah penekanan Rasulullah di Mekah selama 13 tahun dan itulah fokus Al Quran sewaktu di Mekah, maka tiadalah masalah kekeliruan walaupun masyarakat arab sememangnya bertuhankan Allah namun mereka syirik. MASALAH KITA IALAH KECAIRAN ILMU AQIDAH dalam masyarakat kerana ketidak peduliaan sistem pembelajaran dalam masyarakat. Kalau betul kita sayang aqidah kita... mari kita mendesak agar pelajaran agama di beri perhatian serius... bukan hanya B Melayu, Matematik sains dan inggeris sahaja! jangan jadi hipokrit dengan isu sebegini penting!

Sebahagian masyarakat yang rasional mengakui masalah kita ialah kebimbangan terhadap penyelewengan dan penghinaan serta kekeliruan masyarakat. Kita perlu balik kepada punca kebimbangan dan masalahnya jika ingin menyelesaikan masalah. Jika selepas ini berlaku penghinaan, di manakah kita ingin mengadu? mahkamah??? jika sekali lagi hakimnya bukan Islam? apakah mampu ia mengerti nilai penghinaan di sisi kita??? Mahkamah syariah??? kuasa mhkamah syariah terlalu rendah! untuk melaksanakan hukuman sebat yang telah diputuskan pun masih gagal.. DI SINILAH KELEMAHAN KITA...

Selain masalah di sebutkan, kita juga terperangkap dengan undang undang drakonian yang kita cipta sendiri yang jelas bercanggah dengan Islam. Semua keputusan mahkamah tidak boleh dipersoalkan. Ia dianggap sebagai menghina mahkamah. Dalam keputusan sekarang, keputusan seorang hakim bukan Islam tidak boleh dipersoalkan walaupun ia berkait tentang kepentingan Islam!

Secara ringkasnya... segala kekusutan ini berpunca dari sistem yang rosak. Mampukah islam disanjung di bawah sistem yang tidak Islam??? mungkin "mimpi diwaktu berlari ditengah hari "
agaknya....Kepada yang terlalu bersemangat kononnya untuk membela Islam.... terimalah hakikat... ini adalah buah yang dilahirkan kerana ketidakpedulian sistem pemerintah terhadap islam selama ini..... kita hanya boleh menyelamatkan Islam dengan sistem Islam.... anda bodoh dan berdusta jika mahu buah epal dari pohon jering!

Tiada ulasan: