Jumaat, 1 Januari 2010

KONSERT HIJRAH LEBIH 10 RIBU HADIR

Tahun baru 2010 memberi erti baru kepada penduduk khususnya golongan remaja dan muda mudi sekitar Taiping apabila sambutan tahun kali ini diserikan dengan konsert hijrah. Penampilan dakwah baru yang diterokai oleh Sukarelawan Muslim Perak dengan dokongan kuat Ustaz Ashraf Ismail selaku Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Perak sangat memberi erti.

Konsert yang disertai oleh Mell Wings dengan lagu lena diulit Intan, Radhi Melissa dengan lagu hot Cinta untuk Nabila, Blank Gamma dengan Bahang asmara dan kembang terhalang serta beberapa artis seperti Rahmad Mega, Azhan atan dan Ringgo Arrow cukup untuk mengimbau kenangan. Namun penampilan mereka dengan seruan hijrah adalah niali paling tinggi apatah lagi majlis dipengerusikan oleh ustaz Haslin yang banyak menyentuh jiwa hadhirin dengan nasihat.

Kehadiran yang dijangka melebihi 10 ribu orang itu sangat meriah . Gerai gerai yang banyak dikunjungi sepanjang masa. Walaupun ada yang datang berpasangan, namun mereka dapat menerima nasihat serta dibekalkan dengan risalah yang diedar oleh urusetia. Risalah adalah keluaran JAIP.

Tidak ketinggalan hadhirin menyumbangkan wang ringgit termasuk muda mudi yang berpasangan untuk meggerakkan SEMARAK dalam usaha dakwah yang lebih meluas di masa hadapan. Semoga usaha dahwah dimedan baru inidapat mendampingi sasaran yang selama ini dilupai... insyaallah gambar akan di upload kemudia.

3 ulasan:

Nangkubai berkata...

Kalau ada gambar lagi real ustaz...

Cikgu Din berkata...

tahniah kerana berjaya.tapi 10,000 orang tak kut.kerana saya hadir.

dato' berkata...

itu maklumat yg diberikan melalui polis pemantau. dia kira semua yg hadir termasuk di gerai... entahlah