Sabtu, 16 Januari 2010

MENTERI PUTAQ ALAM UNTUK RAKYAT BODOH

Saya mencadangkan begini kepada Datuk Ismail Sabri;

01. Lihatlah jenayah yang berlaku satu kebaikan menguji tahap profesionalisma polis.
02. Lihatlah penagih dadah sebagi satu kebaikan sebagai cara mengurangkan rakyat malaysia.
03. Lihatlah Lihatlah rompakan sebagai satu kebaikan untuk mengagihkan harta sama rata.
04. Lihatlah kebodohan rakyat satu kebaikan untukpemimpin bagi meneruskan penipuan....

maklumat lanjut baca berita di bawah mengapa saya mencadangkan begini;

SIK: Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Januari lalu perlu dilihat secara positif oleh rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya pengguna perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian kerana masyarakat sudah sedar kesan terhadap kesihatan yang bakal dihadapi sekiranya pengambilan gula tidak dikawal.

"Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Diabetis Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat menghidap penyakit kencing manis," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan Pelancaran Kobera Peringkat Negeri Kedah, di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pula menyatakan bahawa untuk sehari hanya tujuh sudu gula sahaja diperlukan dalam makanan dan minuman.

"Jadi, kenaikan harga gula ini bukanlah satu bebanan tetapi untuk kebaikan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia," katanya