Selasa, 5 Januari 2010

PAS SOKONG ???

Kenyataan PAS pusat berkaitan penggunaan nama Allah adalah satu tindakan penuh berhati hati. Ia mungkin atas kesedaran ini adalah satu perangkap yang dipasang umNO BN dalam mengalihkan perhatian. Perlu diingat DS Najib sedang berusaha memulihkan imej beliau di mata masyarakat Islam yang sangat sensitif dalam masalah agama. Kedatangan ulama termasuk DR Yusof Qardhawi berjaya sedikit membuka mata umat Islam.

Kenyataan pihak kerajaan agar semua pihak bertenang dan menanti usaha rayuan adalah satu isyarat perangkap itu sedang menanti mangsanya terutama PAS yang sinonim dengan Islam.PAS kini berada di persimpangan antara nilai perjuangan dan mainan politik umNO. Secara dasarnya PAS mengakui bahawa ilmu membenarkan penggunaan nama Allah, namun suasana masyarakat Malaysia yang memungkinkan kekeliruan dan bahawa penyelewengan adalah perkara serius yang perlu diberi perhatian.

Saya sangat tidak bersetuju dengan posting sahabat yang menggunakan istilah Gerakan Islam Terbesar bersetuju penggunaan kalimah Allah. Apa yang difahami dari kenyataan Ketua Penerangan PAS hasil keputusan mesyuarat Lajnah politik itu ialah sikap keterbukaan PAS berasaskan prinsip perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam. PAS tidak memberi satu keputusan secara tetap melainkan men"ta'liqkan" (menggantungkan) isu ini dengan syarat yang sangat ketat.

Ia bukan sokongan mutlak! mengambil kefahaman bahawa ia satu sokongan adalah sifat yang lari dari kenyataan tersebut. cuba perhatikan beberapa istilah yang melambangkan sikap berhati hati PAS dalam isu ini;

KENYATAAN PENUH

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010

Saya sangat yakin bahawa semua yang berhujjah secara ilmu menyedari penggunaan kalimah itu tiada salahnya. Namun yang dibimbangi ialah tujuan penggunaan tersebut. Tujuan datang kemudian...jesteru itu..kita mesti mengambil sikap berhati hati. Orang yang menyokong membuta tuli setiap keputusan itu adalah lambang kegopohan dalam beragama.

Prinsipnya sangat mudah... makan gula tak salah.. yang salahnya bila diberi gula kepada penghidap kencing manis...

2 ulasan:

abgBro berkata...

salam ziarah dato'...:)

Tanpa Nama berkata...

bagi gula kat pesakit kencing manis salah?

Mana salahnya Dato'? Lainla kalau dia gunakan gula tu secara berlebihan. Yg tu baru salah.

Kalau setakat dia ambil dan manfaatkannya, kira cukup bijak la tuh. Seswai ngan seloka P/Raya Tok Guru. Bagi duit amik, bagi gula kacau...