Selasa, 12 Januari 2010

PELURU BELUM BERMULA, SASARAN TELAH TIADA

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak mahu campur tangan dalam isu peletakan jawatan anaknya, Nik Mohd Abduh, sebagai ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Beliau berkata, perkara itu adalah di luar tanggungjawabnya walaupun beliau seorang bapa kerana anaknya sudah dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri.

"Dia seorang peniaga, mungkin dia ingin menumpukan perhatian terhadap perniagaannya, molek juga dia letak jawatan kerana tidak mengganggu tugasnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa Nik Mohd Abduh telah melepaskan jawatan sebagai ahli majlis MPKB dan sebagai Pengarah Binaraya Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat PKINK.

Ditanya sama ada keputusan anaknya untuk meletakkan jawatan itu pernah dibincangkan dengannya, Nik Aziz berkata, beliau tidak boleh mencampuri urusan begitu kerana anaknya itu sudah dewasa. - BERNAMA.


Nik Abduh memilih jalan terbaik dan mungkin mematikan cita cita orang yang mungkin berhasrat memalitkan segala jawatan keluarga TGNA dengan kronisma. Ternyata Nik Abduh memintas jalan dan mungkin perancangan yang telah terdengar di telinganya.

Tiada ulasan: