Kenyataan serupa diulang sekali lagi dalam isu bantah kristian guna nama Allah...
Pengerusi Anak-anak Muda Islam Selangor (Amis), SD Mohd Johari Yasin berkata beliau tidak mengenali seorang individu yang berucap semasa protes anjuran Amis di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Jumaat lalu.
Sebaliknya, kata beliau, lelaki itu yang dilaporkan melaungkan "bakar gereja", muncul sejurus sebelum protes itu bermula apabila selesai solat Jumaat.
Menurutnya, sewaktu sidang akhbar Amis selepas itu pun, lelaki
Sebelum berucap di protes tersebut, Suhaimi (foto) yang memakai jubah putih, dilaporkan melaungkan "bakar gereja," tetapi laungannya itu tidak diendahkan orang ramai yang beredar dari masjid itu selepas selesai solat Jumaat.
"Saya tidak ada di situ ketika dia berucap. Saya cuma ada semasa sidang media bersama (bekas exco Selangor) Datuk Mokhtar Dahlan," katanya sambil menambah, Suhaimi turut memberi kenyataan dalam sidang media tersebut.
"Saya tidak tahu bagaimana dia tiba-tiba muncul dalam sidang media itu.
"Kami cuma tahu namanya bila beliau ditanya wartawan dalam sidang media tersebut," katanya sambil menegaskan lelaki itu tidak ada kaitan dengan penganjuran demonstrasi itu, yang disertai kira-kira 30 orang.
"Kami ingin tegaskan, dia tidak mewakili kita. Kami tidak tahu dia (mewakili) kumpulan mana. Dia cuma beritahu, dia adalah orang awam yang marah dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
"Dia juga beritahu kami, dia tinggal di kawasan berdekatan dan merupakan ahli kariah masjid negeri," kata SD Mohd Johari.
"Tapi kami nampak dia agresif sangat dan terlalu beria-ria. Kami dapati kenyataannya (dalam ucapan dan sidang akhbar) terlalu agresif dan tidak selari dengan pendirian Amis. Sebab itu kami cepat-cepat hentikan sidang media selepas itu," katanya lagi.
Selepas demonstrasi itu tamat, kata SD Mohd Johari mereka beralih menyertai perhimpunan yang lebih besar di ruang solat utama di dalam masjid negeri itu.
Bagaimanapun, beliau mengaku membawa kain rentang yang bertulis "Khalid Samad Peliwat Agama" semasa demonstrasi tersebut.
"Ya, kami yang bawa kain rentang itu," katanya sambil menambah, ia merupakan bantahan kepada ahli parlimen Shah Alam itu yang didakwanya bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.
Ternyata itulah bukti tangan ghaib yang menganjurkan demo bantah kuil menulis skrip yang sama untuk demo kali ini. Adalah sesuatu yang sangat pelik seorang yang tak diketahui asal usulnya boleh berucap dalam demo tersebut...siap buat kenyataan media lagiii.... anda tentu tahu siapa yang untung dalam kedua insiden ini.... siapa tok dalang di belakang mereka..??? hanya yang bijak boleh menyingkap apa yang tersirat dari yang tersurat....
1 ulasan:
mcm penah tgk la org dalam gmbar ni..
kalo xsilap la dia ni penah jd pelakon tv.. org umno jgk ni
Catat Ulasan