Sejumlah 39,046 warganegara India ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Petikan berita yang disiarkan banyak akhbar hari ini.
Ia sesuatu yang membimbangkan. Ia bukan berita baru. Ia membabitkan keselamatan negara. Sebelum ini sekitar 50 ribu warga Cina juga dikatakan hilang dari pantauan imegresen negara. Ia adalah soal keselamatan. Dalam masa yang sama kebimbangan itu diiringi oleh berita puluhan ribu mykad yang belum dituntut oleh tuannya.
Soalkeselamatan negara adalah keutamaan seluruh dunia. Namun di Malysia , isu keselamatan negara seakan hanya satu kekesalan. Isu enjin kapal terbang yang hilang amat memalukan. Juga kita tidak lupa bagaimana kes kehilangan senjata yang kononnya dilarikan oleh anggota Maunah. Itu belum diambil kira bom c4 yang dikatakan terlepas dari simpanan tentera dan digunakan untuk meletup manusia.
Nasib baik Malaysia berada di zon selamat dari ancaman musuh. Bayangkan apa terjadi kepada keselamatan negara jika keadaan ini berterusan. Jika di negara luar, isu keselamatan pastinya menyeret menteri berkenaan meletakkan jawatan. namun bertuahnya pemimpinj Malaysia yang tidak pernah menganggap apa yang terjadi adalah kegagalan pemimpin malah mereka menganggapnya hanya satu kebetulan.... mungkin juga satu cubaan
1 ulasan:
Salah seorangnya ada di blog saya
Catat Ulasan