Ahad, 3 Januari 2010

SIAPA PENIPU DAN SIAPA DITIPU

Beberapa hari yang lalu seorang ADUN umNO sibuk mencampuri urusan pembentukan Jawatankuasa masjid . Alasannya mudah, PAS telah meminda senarai JK masjid untuk mencampuri urusan pentadbiran. Beliau menuduh PAS menggunakan masjid untuk politik. Tujuan tindakan ADUN ini sebenarnya jelas berbaur politik. Walaupun menggunakan kuasa Pengarah JAIP, namun akhirnya kuasa sultan mengatasi kuasa pengarah JAIP yang dah pening ditekan kiri kanan.

Jumaat lalu satu lagi campurtangan politik umNO masuk surau. Surau yang terletak di taman Soon Choon ini telah " diceroboh" oleh ADUN umNo yang juga exco Perak. Program yang disifatkan untuk perpaduan itu secara jelas menjelmakan sentimen politik. umNo yang beriman dengan fatwa tok mufti supaya politik digantung diluar surau dan masjid, rupanya mengingkari "fatwa" yang dibuat mufti umNO ini.

Ulasan ADUN Sungai Rapat itu dapat dinilai secara jujur melalui gambar yang disertakan ini. cuba nilai antara kenyataan dan gambar yang disiarkan...anda mampu menilai siapa benar...siapa tipu... siapa pula ditipu....

“Bagi menjayakan sesuatu program sebegini adalah wajar jika sentimen politik diketepikan buat seketika bagi menjadikan sambutan Maal Hijrah 1431H lebih bermakna,” katanya.




Kenyataan Hamidah yang mahu sentimen politik diketepikan tidak terjadi. ternyata keputusan JK surau berkenaan adalah tepat.. perhatikan..

“Saya juga telah menghubungi pengerusi surau berkenaan bagi mendapatkan kelulusan bagi menganjurkan program tersebut. “Namun setelah pihak AJK bermesyuarat, saya dimaklumkan bahawa permohonan berkenaan telah ditolak kerana berbaur politik,

saya menghubungi JK masjid bagi mendapatkan kepastian. Ternyata tindakan mereka adalah jelas berdasarkan banner yang terpasang bahawa program itu program politik kepartian!
“Saya tidak faham kenapa saya dihalang menganjurkan program sebegini kerana sebagai wakil rakyat di sini, saya berhak menganjurkannya.”

Demikian luahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman berhubung larangan pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Al-Falah di Taman Song Choon dekat sini, terhadap permohonannya untuk menganjurkan Program Gotong Royong dan Memasak Bubur Asyura anjuran Pusat Khidmat Adun Sungai Rapat, sempena sambutan Maal Hirah 1431H, 1 Januari lalu.

Kalau wakil rakyat..kenapa pakai baju umNO??? Dari promosi awal jelas ianya anjuran politik...bermatlamatkan politik...dan menggunakan jalan politik . Entah mengapa Pengarah JAIP yang sememangnya baik dengan kak Midah ini boleh bersangka baik sebagaimana di laporkan..
.
“Saya turut mendapatkan khidmat nasihat serta pandangan daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohamah Nor Mansur berhubung penganjuran program berkenaan dan beliau (Mohamah Nor), menyatakan bahawa sekiranya program berkenaan berniat baik, ia boleh dilaksanakan,” katanya.

Adakah maklumat diberi tak tepat atau ada sebab lain..tak pasti...politik tak salah...tetapi politik kepartian di surau dan masjid pastinya mengganggu keharmonian dan perpaduan....

Rupa politik di Malaysia sangat janggal... bagi umNO semua boleh....

IPOH - Pemuda MIC Ipoh Timur muncul juara Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala Riadah 1Malaysia anjuran UMNO Jalan Diary, Pemuda MIC dan Gerakan Belia 4B Ipoh Timur di padang SM Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), baru-baru ini.

sewaktu PR memerintah dulu... berbagai sekatan dan tuduhan dilemparkan... namun untuk umNO yang haram tetap halal... yang tak boleh semua boleh... patutla judi pun halal....

(gambar alhuseyn- berita Sinar Harian Perak)

Tiada ulasan: