Ahad, 3 Januari 2010

PAS FOR ALL DI HOSPITAL IPOH

Moga Allah akan menyembuhkan. Itulah doa yang diajar oleh Islam.

Doa dari seorang Ulama yang sangat menyentuh hati.

Pimpinan PAS melahirkan simpati- Tn Ibrahim, Ustaz Nuri, Ust Akmal dan Salman.

Kesempatan terbatas Dato' Tuan Ibrahim Tuan dalam lawatan ke Perak baru baru ini diisi dengan pelbagai program bermanafaat. Walaupun dengan kekangan masa.. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS berkesempatan menyantuni pesakit di wad 4A Hospital Tuanku Permaisuri Bainun Ipoh 2 januari kira kira jam 1.30 tengahari.

Lawatan disertai oleh Timbalan Persuruhjaya PAS Perak, Dr Khairudin Dato' Abd Malek serta pimpinan pemuda PAS Perak. Program disusun oleh Lajnah Penerangan Pemuda PAS Perak itu mendapat perhatian dari pelbagai peringkat masyarakat. Tanpa mengira umur dan bangsa, Dato' Tuan Ibrahim mendekati mereka dengan penuh perhatian. Sentuhan ikhlas dari beliau bersama pimpinan Perhubungan dan Pemuda PAS Perak itu amat menyentuh perasaan.
Tanpa disempadani nilai bangsa dan agama, PAS for All dijelmakan tanpa prejudis

Konsep PAS untuk semua berjaya dijelmakan walaupun dalam tempoh masa yang sangat singkat. Pesakit dan keluarga yang berbetulan berada bersama pesakit dapat melihat wajah sebenar pimpinan PAS yang dilabel dengan berbagai wajah hodoh oleh media umNO. Ramai yang agak terkejut dengan kehadiran tokoh yang pernah popular di TV melalui rancangan Forum Perdana RTM suatu ketika dulu. Dato' Tuan Ibrahim yang juga bekas pensyarah ITM Manjung suatu ketika dulu berkesempatan bertemu bekas penuntutnya.Bagi yang muslim tentunya tidak melepaskan peluang memohon doa dari seorang Ulama.

Dato Tuan Ibrahim dan Dr Khairudin menyelami isi hati pesakit India.

Tiada ulasan: