Khamis, 4 Februari 2010

DOA ABU JAHAL....

Tak apa mimpi Zamry kudeta menjemput ( baca mengarahkan) semua imam ke majlis solat hajat rakyat di kediaman Menteri Besar Perak. Solat hajat di kediaman Menteri Besar adalah amalan tinggalan DS Nizar sebagai menteri besar. Dewan yang dulunya dijadikan dewan badminton oleh Raja Norasyikin oleh bini Ramly dan terus kekal sebagi dewan di zaman Tajol Rosli. DS Nizar telah membudayakan dewan tersebut sebagai tempat ceramah agama dan solat. Bilik untuk dewan makan juga diubahsuai menjadi surau.

Apa hajat Zamry untuk solat hajat yang dinamakan solat hajat rakyat tidaklah di war warkan. Kebetulan sewaktu memandu hampir maghrib tadi radio Perak FM menjemput seluruh rakyat Perak ke solat hajat rakyat ini. Tidak pula disebut apa hajatnya... apa yang pasti, ia menjelang 9 Februari.

Bukan juga perkara baru Zamry melaksanakan program solat hajat sejak merampas kerusi dan rumah tersebut dari DS Nizar. Beberapa kali budak Izzuddin dan Taayah diarahkan ke majlis tersebut bagi meramaikan. Saya yakin kali ini pun akan dikerah bebudak yang nak ngaji agama untuk memenuhkan solat hajat ini.

Nampaknya budaya peperangan Badar kembali berulang. Ketika Rasulullah bermohon kepada Allah hingga jatuh kain rida nya, Abu Jahal juga mengadu kepada tuhan yang sama. Cumanya Abu Jahal mengadu dalam syirik dan kezalimannya....

Tidakkah merampas kerajaan itu satu kezaliman??? Mungkin mufti Perak punya jawapan sebaliknya... entahlahhhh

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh..boleh..boleh..buat sembahyang hajat dan baca yasin untuk jatuhkan orang MELAYU..terutama orang2 PAS..itu fatwa dari mana aku tak tahu..bunuh orang Melayu pun boleh..macam kat MEMALI 1985...

Unknown berkata...

saya bersetuju dengan jebat...... buat apa saja ..asal umenooo terus kukuh.... soal agama. orang melayu dan berkaitan melayu dilacurkan pun tidak mengapa...