Perkembangan islam di Malaysia telah berjaya memadamkan faham asobiah yang berakar umbi di kalangan masyarkat melayu, jua Cina dan India. Secara pasti, keruntuhan khilafah Islam Turki adalah hasil kejayaan musuh meniupkan semangat asobiah itu. Bom jangka yang ditinggalkan di Tanah Melayu juga telah meletus angkara asobiah pada tahun 1969.
Asobiah mula dilihat perkara yang buruk di sisi masyarakat Islam hasil perjuangan panjang PAS , namun kekeliruan terhadap erti asobiah melahirkan golongan yang menuduh asobiah tanpa adil dan ilmu. Kekadang taksub terhadap kelompok yang pelbagai tanpa asas yang benar dan adil tidak pula dianggap asobiah. Asobiah hanya difahami sebagai taksub bangsa semata dengan tidak memahami tujuan larangan atau asas larangan Rasulullah.
Asas penolakan Islam terhadap Asobiah adalah hadis Rasulullah yang diriwayatkan Muslim, Abu Daud dan Nasai;
“Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asobiah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar asobiah dan bukan dari kalngan kami yang mati atas dasar asobiah.”
Seorang sahabat bertanya:
“Apakah asobiah itu wahai Rasulullah?”
Nabi Muhammad menjawab:
“Asobiah itu ialah kamu menolong kaummu atas dasar kezaliman.”
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa’i).
Jika faham penolakan terhadap asoniah tidak bermula dari hadis ini, berlakulah kekeliruan dan tuduhan tanpa panduan Islam. Ia hanay akan menyerlahkan kekeliruan dan kejahilan kita. Cinta bangsa bukan asobiah. Yang salah ialah menyokong dan membela kaum atau bangsa sekalipun salah. Termasuk juga menolong puak, geng, kelompok, parti atau apa sahaja sekalipun bersalahan dan bertentangan dengan syariat. Inilah asobiah.
“Berilah amaran kepada keluargamu yang hampir.”
Nabi Muhammad pernah berkata pada Hari Pembukaan Kota Mekah,
“Demi Allah, sesungguhnya engkaulah (Mekah) sebaik-baik bumi Allah, dan bumi Allah yang paling Allah kasih kepadanya. Kalaulah tidak kaumku mengeluarkan aku darimu nescaya aku tidak keluar.
(Riwayat oleh at-Tirmizi)
Walau bagaimanapun, Islam melarang kasih pada sesuatu yang melebihi daripada Allah, Nabi Muhammad dan Islam. Lebih membimbangkan apabila seseorang bertindak melulu dan merendahkan kasih Allah dengan meletakkan kepentingan bangsa dan puak lebih daripada yang lain dan melampaui batas-batas Allah. Kerana Allah menyebut dalam surah at-Taubah, ayat 24,
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).”
Allah menyebut lagi dalam surah al-Mujadalah, ayat 22,
“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra Dengan orang-orang Yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang Yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman Dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka Dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang Yang berjaya.”
Ini adalah bukti akidah Islam mengatasi segala hubungan yang lain sama ada hubungan keluarga, keturunan dan bangsa. Al-Quran melarang Nabi Muhammad dan umat Islam memohon ampun untuk orang musyrik walaupun mereka daripada kaum keluarga. Allah menyatakan kisah Nabi Nuh yang kasihan kepada anaknya yang ditenggelami banjir tetapi Allah tidak mengizinkan beliau untuk memohon ampun kepada anaknya. Kisah nabi Ibrahim dengan ayahnya yang tidak beriman juga menunjukkan kasih sayang keluarga tidak boleh dijadikan asas bagi memohon keselamatan dunia dan akhirat sekiranya Islam tidak dijadikan teras dalam kehidupan.umNO adalah antara contoh perkauman tinggalan penjajah. Mereka bersaing dengan India dan Cina melalui MCA dan MIC yang jua dalam kelompok BN. tanpa memperdulikan apa asas pembelaan , mereka saling berbalah kononnya mempertahankan bangsa masing masing sekalipun salah.
Cinta bangsa dan kaum atau kelompok adalah fitrah manusia. Yang ditegah Islam ialah menyokong mereka sekalipun salah.Inilah yang dilarang islam.. Islam melarang asobiah kerana ia menolak keadilan. semoga kita cermat dalam menilai apa itu asobiah... jika kita berhujjah dengan Islam...
1 ulasan:
salam perjuangan akhi,
saya nak juga join senarai blog akhi.hehe.
Catat Ulasan