Hari di nanti semakin hampir. Debaran semakin terasa. Persoalan makin memeningkan kepala. Cuba untuk merungkai seribu satu ramalan dan teori yang datang. Menyenangkan, menakutkan, meresahkan & membimbangkan... semuanya berada dalam kesimpulan yang satu.. Jalan masih panjang dan berliku.
Bagi yang memahami erti perjuangan, mereka tidak akan kecewa apabila tewas dalam perjuangan kerana perjuangan itu mencapai kejayaan bukan diukur atas timbangan kalah atau menang tetapi istiqamah atau kecundang. Setiap hentian hanyalah batu tanda untuk memaberitahu jarak perjalanan yang menanti di hadapan dan perjalanan yang telah ditinggalkan.
Harapan agar mahkamah memihak kepada tuntutan DS Nizar bukanlah penutup segala perjuangan. Walaupun DS Nizar menjanjikan tuntutan pembubaran DUN namun semuanya atas perkenan sultan. Ia hanya satu hentian dalam mencatur arah dan strategi.
Saya memilih untuk meyakini satu teori yang sangat menguntungkan BN.Cuba fahami... Kekalutan hari ini berpunca dari rampasan kuasa. Menteri besar sah dilucutkan dan digantim oleh seorang yang datang dari restu Putrajaya bukan restu rakyat. Perlantikannya langsung menggunakan kuasa istana.
Jika DS Nizar menang dan beliau mempersembahkan kepada sultan, Adakah sultan akan terima??? Jika sultan tidak terima, maka pilihanraya tetap tidak di adakan??? Apakah DS Nizar akan menjadi Menteri Besar hingga pilihanraya ke 13?? Mungkin tidak... mereka akan mengadakan usul tidak percaya -walaupun kes speaker belum selesai lagi....
Inilah adalah teori paling menguntungkan umNO BN. Keadaan akan cuba diperbetulkan bagi mematikan isu rampasan di luar DUN. Sistem kehakiman akan dilihat adil... semuanya gula gula...Itulah yang mungkin cuba dilakukan
2 ulasan:
salam...
semua itu mungkin..
tapi sy rs takkan terjadi usul tak percaya, kerana kalau nizar mb maka siva akan jadik speaker, dan kumpulan zambry tidak akan cukup kuata di dewan untuk mengusulkan undi tak percaya, dan kalau undi tak percaya berlaku lagi mudah kerana kerajaan negeri akan membubarkan dun Perak
salam tuan...link blog hamba..tq
Catat Ulasan