Segala ramalan tentang Perak semuanya berkemungkinan. Petanda yang ada di sekitar negeri menunjukkan tiada yang mustahil berlaku. BN sebenarnya sedang mempersiapkan diri mereka ke arah pilihanraya negeri... Bila??? bukan keutamaan bagi penyokong Pakatan Rakyat kerana kuasa di tangan mereka...
Esok adalah antara kemuncak kempen rampasan kuasa kudeta Zamry dengan rombongan pimpinan Pakatan Rakyat akan menjelajah seluruh negeri bermula dari pokok demokrasi. Ia merupakan jelajah rakyat. Pemimpin rakyat, meninjau dan bertemu rakyat. Pemimpin rakyat berani bertemu muka dengan rakyat kerana mereka dari rakyat.
Zamry kudeta mengistiharkan dirinya Menteri Besar Rakyat, namun berbicara secara langsung dari TV yang masuk ke rumah setiap rakyat. Beliau sedar beliau bukan pemimpin dan menteri besar rakyat kerana beliau dilantik di istana. Oleh orang yang turun dari Putra Jaya. langsung tak de kena mengena dengan rakyat dan pengundi di Perak....
Keputusan mahkamah kalau tak banyak mengubah lanskap Perak ia tetap memberi momentum baru kepada politik Perak. Momentum kesedaran kepada rakyat Perak. Momentum kebimbangan dan ketakutan buat kudeta Perak. Moga ada sinar kebenaran dan keadilan buat seluruh rakyat Perak....
2 ulasan:
ko ni..tak baik kutuk2 zambry..die ni baik la...orng Perak tau la...tapi cara die di naikkan sbagai MB tu yang orng tak suke..ape2 pun die tu baik..
jangn kutuk habih2 kat die..die tu mangsa keadaan...KUTUKLAH!!!!! NAJIB DAN UMNO AJE.. wahahahahaha
tgk ler kat banner2 mengajak rakyat solat hajat ..gamaknyer dia sedar yg dia nie mmg msh blum mb sah..kire bt ms skg nie dia tak rela tggalkan peluang utk jadi mb yg sekali seumur hidup dia akan kecapi..alangkah baiknyer jika zamberu jd mb perak ..boleh ler tiru aper yg nizar buat maklum ler bagi peruntukan kat cina shj pun org melayu tak bising ..kalau nizar susah sikit sebab dia adil org melayu tak suka jadilah org yg bagus mcm nizar jd boneka..maka mb zamberi yg suka meniru dan menjilat blk ludahnya itulah yg rakyat perak sokong..jgn lupa yer agihan kayu balak kat grik tue agih ler betui2 ..zambery bagus tue yg harussani suka tue..
Catat Ulasan