Di dalam Al Quran ada menyebut tentang hati orang munafiq itu sangat benci terhadap Islam melebihi apa yang dizahirkan. Namun sifat Munafiq ialah melindungkan diri mereka dengan pelbagai topeng. Hanya yang bijak mengenali mereka.
Kenyataan pegawai khas Perdana Menteri adalah gambaran apa yang ada di hatiorang umNO. Puluhan tahun mereka dididik dengan kebencian kepada kaum lain, takkan mampu dipadamkan dalam tempoh yang singkat. Jika ianya terpadam, ia adalah gambaran palsu . Mana mungkin karat itu boleh ditanggalkan hanya dengan slogan satu Malaysia. Apatah lagi slogan itu sendiri adalah slogan yang dipaksa bagi menyaingi Pakatan Rakyat yang terlebih dahulu membawa aspirasi satu Malaysia ini.
Keterlanjuran pegawai khas Perdana Menteri ini mungkin lahir dari hati yang tulus suci. Ia melahirkan rasa hati, bukan rasa akal atau susunan bahasa yang dihias setelah melihat kecenderungan masyarakat. Lebih baik sikap terbuka dari pura pura. Pura pura dinamakan munafiq di dalam Islam. pura pura akan mengundang sakit jiwa....
Walaupun beliau terpaksa meletakkan jawatan, namun ia adalah satu lambang ketulenan perjuangan umNO selama ini. Istilah bangsa asing yang masih dipakai secara berleluasa adalah hasil didikan umNO. Tentunya ia adalah hasil didikan BTN . Kalau mahu masyarakat satu Malaysia, tentunya setelah BTN dirombak terlebih dahulu. Mungkin ia memakan masa puluhan tahun untuk melihat hasilnya. Mungkin hasilnya pula akan melihat ketulenan satu Malaysia hanya wujud di dalam Pakatan Rakyat. bersediakah umNO untuk ini??? Saya tidak fikir begitu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan