Isnin, 1 Februari 2010

28 ADUN LETAK JAWATAN...

Tak pasal pasal Zamry mencabar agar DS Nizar dan 27 ADUN Pakatan Rakyat meletakkan jawatan bagi menguji kepercayaan dan sokongan rakyat. Kenyataan ini dilihat satu kenyataan yang sangat kelakar dan bersifat krtun. Sepatutnya yang dicabar letak jawatan ialah 3 ADUN lompat yang memberi sokongan kepada BN. Bengong apa Zamry Kadir ni???

Kedudukan 28 ADUN Pakatan Rakayt langsung tiada keraguan malah tiada pertikaian. Yang menjadi keraguan dan masalah ialah 3 ADUN katak yang bertanding di atas tiket kompenan Pakatan Rakyat dan menrokong BN yang memusuhi Pakatan Rakyat. Yang menjadi keraguan ialah jawatan Menteri Besar Perak. Ia dipertikaikan oleh rakyat dan pertikaian nya di bawa ke Mahkamah. Sepatutnya 3 ADUN lompat dan Menteri Besar yang dipertikaikanlah yang meletakkan jawatan , bukan ADUN Pakatan Rakyat.

Kenyataan Zamry dilihat sebagai kenyataan yang amat terdesak. Kenyataan seorang yang hilang keyakinan terhadap sokongan rakyat kepadanya dan kerajaan haram yang dipimpninya. DS Nizar telah menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan memohon dari Baginda Sultan untuk membubarkan DUN Perak jika mahkamah memihak kepada beliau. Demi keadilan dan kestabilan politik dan ekonomi Perak, itu tindakan terbaik.

Menyerahkan mandat kepada rakyat adalah jalan terbaik.Bukan 28 ADUN sahaja tetapi semua ADUN yang ada di Perak. Hanya itu jalan terbaik mengukur sokongan dan pilihan rakyat Perak terhadap corak pemerintahan yang menjadi pilihan mereka. Selain dari itu.. hanya menambah kekusutan yang sedia ada sahaja...

Tiada ulasan: