Isnin, 15 Mac 2010

2/3 UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN...

Kebelakangan ini kerajan UBN dilihat seakan berlembut dalam beberapa isu ekonomi. Beberapa langkah menaikkan kos hidup rakyat terpaksa ditangguhkan. Ini semua berikutan kebangkitan dan keberanian rakyat membantah. Usaha pelbagai pihak menjelaskan kesan dan risiko peningkatan taraf hidup rakyat dari kenaikan harga minyak, elektrik dan cukai GST sedikit memberi kesan.

Kegusaran dan tindakan kerajaan ini berikutan kegagalan mereka menguasai 2/3 parlimen. Itu adalah kesan ketara protes rakyat. Ternyata keberanian rakyat Malaysia menyatakan protes dalam pilihanraya lalu telah menampakkan hasil. UBN pernah memperlihatkan kekuasaan mereka menaikkan harga minyak menjangkau 30 sen ketika kuasa parlimen melebihi 2/3. Kini , walaupun UBN telah memproses beberap langkah , namun mereka terpaksa menangguhkannya.

Usaha melompatkan MP Pakatan Rakyat sebagai usaha memperolehi 2/3 majoriti masih belum berhasil. Jikaia berhasil sekalipun, mungkin tidah kukuh kerana sokongan itu boleh sahaja berubah pada bila bila masa. Langkah yang praktikal di bincangkan akhir akhir ini adakah kemungkinan pilihanraya akan diadakan lebih awal.

UBN mungkin masih mempunyai simpanan untuk memancing undi rakyat dengan pelbagai tawaran untuk tempoh terdekat. Namun untuk bertahan sehingga 2013 mungkin ia berisiko jika keadaan ekonomi berterusan lembap di Malaysia.Umum mengetahui bahawa kerajaan UBN adalah kerajan yang berniaga dengan rakyat. Taukeh nya ialah pemimpin UBN.

Mereka boleh mengeluarkan modal bagi mendapatkan hasil 2/3 parlimen dan dengan kuasa itu mereka akan mengaut keuntungan melalui pelbagai cukai yang telah dicanangkan sebelum ini dan pelbagai cukai tambahan dan kenaikan luar jangka denagan alasan mengurangkan subsidi, bekalan berkurangan atau seribu satu alasan penipu lain.

Kemungkinan ini memerlukan setiap pendokong PR dan pemimpin berwaspada dengan perangkap yang terpasang di mana mana. Jika perangkap itu mampu meletupkan kekuatan PR, pilihanraya pasti dilakukan.....

Tiada ulasan: