Mendahului kerajaan adalah satu kesalahan. sekalipun ianya satu kebenaran. Jika anda tahu sesuatu , lebih baik diamkan sahaja. Tunggu kebenaran atau tunggu pengumuman rasmi. Ia akan dianggap satu kesalahan jika mendahului. Berita utama dan terkini adalah milik kerajaan.
Mungkin itu yang sedang melanda China Press gara gara mendahuluipengumuman kerajaan berkaitan perletakan jawatan Ketua Polis Negara. Isu Musa Hassan agak panas akhir akhir ini setelah tersebar kononnya satu serbuan SPRM di rumahnya dan menemui wang tunai dalamnilai yang agak banyak.
Walaupun berita itu dinafikan oleh Musa Hasan kemudiannya, namun spekulasi itu terus menghantui masyarakat. Berita disiarkan China Press menguatkan kemungkinan sehinggalah di sahkan Hishamudin. disini
Apa yang menjadikan kemusykilanialah, mengapa berita ini mahu dirahsiakan. Apakah cerita perletakkan jawatan KPN pun sama dengan cerita tarikh pilihanraya. Susah juga duduk di Malaysia ni...semuanya nak dirahsiakan.... biasanye orang rahsiakan perkara buruk ,keji dan jahat... apakah perletakkan jawatan atau rombakan ini juga ada benda buruk, keji dan jahat??? entahlah....
2 ulasan:
salam
best artikel tuan kali ni' meyengat"
Mereka ni nak buat orang lain bodoh macam dia. Ini zaman internet mesti cepat tapi selamat. Malaysia oh Malaysiaku. Apa salahnya kalau rakyat tahu berita penamatan kontrak IGP. Banyak lagi perkara lain nak dijadikan isu yang lebih mustahak misalnya bagaimana nak kurang kos sara hidup sekarang.
Catat Ulasan