Selasa, 16 Mac 2010

BILA DAH MAMAI....

Malas betul nak ulas pasal katak . Dengan ulasan kita dia hidup. Tapi nak juga ulas dengan gaya bahasa sampah sebab tiada nilai katak ni. Dengar ceritanya nak buat road show seluruh negara. Hari ni pulak dia nak buat gempak kat parlimen katanya. Utusan syaitan menjadikan tajuk dari blognya sebagai tajuk utama. Tercapailah cita citanya untuk terus Glamerrrr (glamour). Malas nak ulas apa di tulisdi blognya.

Apa yang syoknya, bile baca gesaaannya supaya DSAI letak jawatan Ketua Pembangkang dan serahkan kepada Lim Kit Siang. Katanya PKR dah hilang majoriti berbanding DAP. Lawak juga katak sekor ni... Dia dah lupe ke kuasa dan hak melantik ketua ialah pengikut bukannya katak yang tak de parti... macam bini gile talak plak.... dah dicerai laki duk kata laki tak layak jadi suami... mamai apa???

Lagi satu... kata katak ni sayang sangat dengan melayu dan Islam. Dia bantah PKR dan PR sebab katanya tak rela jadi suruhan DAP. Kalau dia sayang melayu dan Islam dia mesti berjuang agar Islam terus jadi ketua pembangkang bukan serahkan kepada bukan Islam....aku sangat keliru dengan dasar kiambang katak mamai sekor ni...

Sekarang dia nak mintak DSAI serahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada Lim Kit Siang kerana DAP lebih dari PKR. DAP sendiri dengan PAS dah rela ikut DSAI jadi Ketua Pembangkang. Patutnya Katak ni syukur sebab kuasa masih ada pada melayu Islam.

Jelas bahawa apa yang diperjuangkan oleh katak sekor ni ialah kepentingan peribadi. Nak glamer sendiri.... sanggup buat apa yang dia sendiri tentang. memang itu sifat orang yang tiada dasar dalam perjuangan. Dia masukPKR dulupun sebab teringin nak jadi MP. PAS memang dah tolak sebab dah tahu perangai dia masa dalam PAS.

Kini beliau mungkin layak bersama Brahim Ali dengan perjuangan melayunya....selamat bersama kumpulan katak...kita nak dengar suara katak mana yang boleh panggil hujan...katak mana pulak akan tersilap terpanggil Ular...

Tiada ulasan: