Isnin, 8 Mac 2010

KERANA BUDI....HARUS TSANI BERBAHASA


Harus tsani terus berkokok mengajak PAS bersatu dengan umNO. Alasannya mudah.. untuk membentuk kerajaan melayu Islam. Bagi Harus tsani, kerajaan melayu adalah keutamaannya. Itulah yang beliau perjuangkan. Memang umum mengetahui jiwa melayu yang menebal dalam hati sanubari beliau hingga kemelayuannya kadang kadang menghilangkan kewarasan dalam persoalan Islam.

Antara alasan yang beliau canangkan ialah DAP khususnya Ngeh adalah seorang yang anti Islam. Beliau tidak mendatangkan hujjah dan dalil atau bukti terhadap tuduhan itu. Amatlah memalukan seorang yang berjawatan mufti mengeluarkan tuduhan tanpa bukti. Bukan niat saya membela Ngeh, namun beliau perlu dibuktikan anti Islam. Sebagai mufti beliau telah merendahkan kedudukan dan nilai jawatan mufti,. Seorang mufti atau "pemberi fatwa" tidak akan bercakap merapu seperti orang yang hilang kewarasan.

Mungkin beliau tidak mengenali langsung Ngeh ko Ham kerana beliau bukan orang politik. Beliau seorang yang menganut faham Politik perlu disangkut di pagar masjid . Pastinya tuduhan itu adalah suara umNO. ternyata umNO telah menggunakan mufti untuk kepentingan mereka. umNO telah menghina kedudukan mufti dengan memberikan hujah dangkal terhadap beliau.Lebih malang, beliau sendiri tidak berpegang dengan dalil surah Hujurat ayat sepuluh yang menuntut agar dibuat penyelidikan apabila menerima berita fasiq.

Sebagai seorang yang memegang gelaran doktor sepatutnya beliau seorang yang berorentasikan ilmu dalam berhujjah. Namun tidaklah janggal kerana gelaran doktor itu hanyalah doktor anugerah. sebagaimana anugerah lain yang banyak diperolehi beliau secara percuma kerana jasa besar beliau terhadap kerajaan umNO.

Mungkin kerana pergaulan yang rapat dengan umNO yang memberi beliau pelbagai kemewahan menjadikan beliau seakan meyakini ketulusan jiwa pemimpin umNO yang sangat bermurah hati terhadap beliau. bak kata pepatah melayu.... orang berbudi kita berbahasa..... seorang yang berhati dan berjiwa melayu tentu sangat beriman dengan pepatah tersebut.

Nabi SAW sangat melarang seorang ulama bergantung dengan pemerintah..."sebaik pemerintah ialah mereka yang berada di pintu ulama dan seburuk ulama ialah mereka yang mendatangi pintu pemerintah!

Harus tsani seakan lupa bagaimana rakan karib umNO,Gerakan yang mendesak beliau melatakkan jawatan. umNO sebagai sahabat karib Gerakan hanya mendiamkan diri. Namun Harus tsani tidak pula mengeluarkan kenyataan Gerakan sebagai anti Islam..... Orang PAS bersama umat Islam lain telah menuntut Gerakan memohon maaf dengan berarak dari Masjid Hospital ke Pejabat Gerakan.

Harustsani tentu tidak lupa peristiwa itu. Namun kerana Gerakan adalah sekutu dan rakan baik umNO, Harustsani tidak berani menyentuh buah hati tuannya itu... itulah wajah sebenar seorang yang sangat bergayut dengan jawatan mufti dan takut kehilangannya.... kalau beliau berhenti menjadi mufti barangkali, habislah rezkinya........LAGI

1 ulasan:

KE berkata...

Harus.... buat x per, tak buat pun x per... sani lak tu...